Wednesday, 20 November 2013

Anwar Melenting Bila Disebut "Tali Barut"

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahimtiba-tiba 'melatah' apabila Datuk Noor Ehsanuddin Mohd. Harun Narrashid (BN-Kota Tinggi) membangkitkan pendirian segelintir rakyat Malaysia yang tidak konsisten dalam isu berkaitan konflik Palestin dan Israel.

Gelagat Anwar (PKR-Permatang Pauh) itu agak melucukan kerana Noor Ehsanuddin langsung tidak menyebut namanya semasa mempersoalkan kenyataan individu tertentu berhubung sokongan terhadap usaha menjaga keselamatan Israel ketika mencelah perbahasan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Noor Ehsanuddin cuma ingin memberi gambaran tentang sikap rakyat Malaysia yang lantang mengutuk kependudukan haram Israel di Palestin, namun pada masa sama menunjukkan kecenderungan menyokong Israel.

"Kalau bercakap tentang konsistensi berkaitan Gaza, negara itu sedang dikepung, kita hantar bantuan. Perdana Menteri pun pergi ke sana dalam keadaan yang amat bahaya.

"Tetapi dalam satu ketika lain, ada orang yang kata 'kita support the security of Israel'. Kita ini kena konsisten, rakyat kita jangan jadi tali barut kepada bangsa-bangsa lain," katanya.

Bung Moktar ketika menyambung semula perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 peringkat jawatankuasa bersetuju dengan pandangan Noor Ehsanuddin sambil menyifatkan pihak yang bersikap tidak konsisten itu sebagai 'musuh dalam selimut'.

Walau bagaimanapun, Anwar tiba-tiba mencelah dan menuduh Noor Ehsanuddin berbohong di dalam Dewan Rakyat berhubung isu kenyataan menyokong usaha menjaga keselamatan Israel.

"Walaupun kita pernah ambil tindakan mahkamah kepada dua akhbar kerana berbohong, kita tidak pernah sebut support the security of Israel. Dia sama ada tidak tahu bahasa Inggeris, jahil atau menipu di Dewan ini.

"Kita katakan contingent. Apa syaratnya? Syarat pertama, Israel iktiraf Palestin. Syarat kedua, hentikan kepungan. Syarat ketiga, hentikan pembunuhan dan kezaliman. Andai syarat-syarat itu dipatuhi, barulah kita memberikan pertimbangan untuk to study the protection security," ujarnya.

Anwar pernah memberi kenyataan berhubung isu Palestin dalam wawancara dengan The Wall Street Journal (WSJ) pada 26 Januari lalu dan laporan kenyataan beliau dalam wawancara itu adalah seperti berikut:

"I support all efforts to protect the security of the state of Israel," although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.

Terjemahan: "Saya menyokong segala usaha bagi melindungi keselamatan negara Israel," walaupun beliau tidak mengesahkan akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Yahudi (Israel), satu langkah yang menurutnya tertakluk sama ada Israel akan menghormati aspirasi rakyat Palestin.
- sumber



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Anwar Melenting Bila Disebut "Tali Barut" Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 20 November 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!