Monday, 11 November 2013

Anwar Cuba Jadi Penasihat Hak Asasi Indonesia

PENGUATKUASAAN HAK ASASI - ANWAR KECEWA NEGARA ASEAN GAGAL TEKAN MALAYSIA.

Anwar Ibrahim mengkritik negara-negara Asia Tenggara yang disifatkannya gagal menguatkuasakan hak asasi di rantau ini apabila berdiam diri berkenaan dakwaan berlakunya penipuan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 di Malaysia dan pencabulan hak asasi manusia di Burma.

“Negara Demokratik di Asia, seperti Indonesia dan Filipina, perlu melangkah ke hadapan. Walaupun (mahukan) hubungan harmoni dengan negara-negara jiran, (namun) mereka tidak hanya berdiam diri berkaitan isu Rohingya atau penipuan pilihan raya di Malaysia,” kata Anwar di Jakarta dilaporkan tempo.co.

Lapor portal Indonesia itu Anwar yang mengetuai parti pembangkang di Malaysia telah membantah keputusan PRU 13 pada 5 Mei yang didakwanya dipenuhi dengan penipuan.

Beliau turut mendakwa pembangkang telah mendapat 52 peratus undi popular, namun bantahan beliaunya itu dakwanya telah diabaikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.

ASEAN, pada pendapat Anwar adalah lemah dalam penguatkuasaan hak asasi manusia. Menurutnya, selama lebih 30 tahun, tidak banyak yang dilakukan ASEAN terhadap demokrasi di Burma. Tokoh hak asasi manusia, Aung San Suu Kyi, katanya telah dibebaskan hanya selepas tekanan yang datang dari Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.

“Walaupun sekarang, isu keganasan terhadap Rohingya , tiada pernyataan yang telah datang dari ASEAN, ” katanya.

Perkara-perkara ini berlaku kerana pemerintahan yang terlalu lama dalam satu-satu kerajaan. Beliau memberi contoh Lee Kuan Yew yang menjadi Perdana Menteri Singapura dari tahun 1959-1990 , dan Dr Mahathir Muhammad, bekas Perdana Menteri Malaysia dari tahun 1981-2003.

Menurut Anwar, ini merupakan pemerintahan rejim yang telah menipu rakyat, dan negara-negara Asia tidak bersedia untuk demokrasi, satu kenyataan yang sering digunakan untuk membenarkan kerajaan autoritarian.

Anwar juga berkata, demokrasi di Indonesia boleh menjadi lebih maju jika golongan elit kerajaan meletakkan kepentingan rakyat mereka melebihi segala-galanya dan tidak mencuri hak-hak rakyat. - AIDC


Artikel yang dipetik dari en.tempo.co

TEMPO.CO, Jakarta - Former Malaysian Prime Minister Anwar Ibrahim has criticized Southeast Asian countries that stay silent concerning electoral fraud and human rights violation in its region. Anwar hopes ASEAN and democratic countries such as Indonesia and the Philippines to speak out more on those issues.

"Democratic countries in Asia, like Indonesia and the Philippines, should step to the front. Even though relations with neighboring countries must be in harmony, they should not just stay silent on Rohingya or electoral fraud in Malaysia," Anwar said yesterday. Anwar, who leads the opposition party in Malaysia, objected to the May 5 election result in his country which he thought had been filled with fraud. He claimed the opposition gained 52 percent popular votes, but his objection has been ignored by the Malaysian Election Commission.

ASEAN, in Anwar's opinion, is weak in human rights enforcement. For more than 30 years, ASEAN has not done much on democracy in Myanmar. Human rights figure, Aung San Suu Kyi, for example, had been released only after pressures coming from the United States and European Union.

"Even now, on violence issue towards Rohingya, no statement has come from ASEAN," he said.

These things happen due to the authority in one government that went on for too long. He took an example on Lee Kuan Yew, Singapore's Prime Minister in 1959-1990, and Mahathir Muhammad, former Malaysia's Prime Minister in 1981-2003. He said, these kinds of regimes have fooled the people, and Asian nations are not ready for democracy. This statement is often used to justify authoritarian government.

Anwar also said democracy in Indonesia can be more developed if the government elites put their people’s interests above all else and do not steal the people's rights. - NATALIA SANTI

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Anwar Cuba Jadi Penasihat Hak Asasi Indonesia Daeng Selili Rating: 5 Monday, 11 November 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!