Thursday, 21 November 2013

Al-Jazera Temubual Nurul Izzah?!

Ramai penyokong pembangkang yang bersorak gembira bilamana ada stesyen media antarabangsa iaitu Al-Jazera menemubual Nurul Izzah.


Difahamkan siaran temubual ini akan disiarkan di kaca television Malaysia saluran Astro 513 (tarikh dan waktu tidak dinyatakan).

Pada admin dia nak shooting ka depan kamera ka belakang pintu ka..lantak p la, tapi aku tak syorkan tayangan temubual ini kerana ia tidak melibatkan sesuatu yang membantu pun. Jika benar beliau ikhlas memperjuangkan masalah rakyat, usulkan sahaja...


Sebelum ini rancangan sensasi kain terbelah dada terdedah 3R terbitan TV3 pernah menemubual Nurul Izzah tetapi disunting oleh editor rancangan itu kerana tidak berkaitan dengan rancangan atau memang ada pakatan haram dalam percubaan itu.

Adakah kali ini ASTRO cuba menyelitkan Nurul Izzah di kaca television memandangkan baru baru ini ASTRO diserang teruk dengan perbuatan gerakan pembangkang yang mahu memboikot ASTRO akibat dari kenaikan Caj Harga Astro Naik RM2 (Pakej Family) & Pakej Sukan (RM6) ...Bayaran Bulanan Bagi Harga Astro Naik Bermula 24 November 2013??!


AL-JAZEERA?! Tapi bagaimana dengan ini?!


Anwar Ibrahim bersama Martin Indyk, Pengarah The Saban Center for Middle East Policy yang menjadi penganjur utama program US-Muslim Word Forum 2010 di Doha, Qatar. Martin Indyk merupakan kroni kepada Haim Saban dan bekas duta Amerika ke Israel serta seorang aktivis AIPAC (American Israel Public Affairs Committee), sebuah badan lobi Israel yang amat berpengaruh di Amerika Syarikat


Jutawan media Israel telah membuat tawaran untuk membeli stesyen berita Al-Jazeera, jaringan televisyen satelit dari pemerintah Qatar. Haim Saban, telah mengajukan tawaran kepada pemerintah Qatar dalam usaha untuk membeli setengah dari jaringan satelit Al-Jazeera yang berpengkalan di Doha. Akhbar Mesir, al-Mesryoon, melaporkan pada hari Rabu (7/10) bahawa jutawan Israel itu saat ini sedang terlibat dalam perundingan dengan Emir Qatar, Sheikh Hamad bin Khalifa Al-Thani, atas pembelian sebahagian outlet media. Pembincangan tersebut dikhabarkan dilakukan melalui mediator Mesir. 

Khabar tersebut mulai muncul di tengah laporan yang mengatakan bahawa saluran berita berbahasa Arab terbesar dan paling kontroversial di Timur Tengah itu sedang bergelumang dengan krisis kewangan yang buruk saat ini. Haim Saban sebelumnya mengajukan penawaran untuk membeli al-Jazeera pada tahun 2004, namun penawarannya itu ditolak. Tokoh terkemuka Israel-Amerika itu telah dijangka mengajukan sejumlah harga yang besar untuk membeli saluran berita berbahasa yang popular itu. 

Semua ini dilakukan dalam usaha untuk mengendalikan dan menyiarkan propaganda pro-Israel sehingga mampu mempengaruhi pandangan warga Arab agar mendukung regim hawkish Tel Aviv. Al-Jazeera melahirkan revolusi media di dunia Arab setelah didirikan pada tahun 1996. 

Jaringan berita yang bergantung pada sumbangan kewangan negara ini, diperkirakan memakan dana lebih dari $ 70 juta per tahun, tetapi dengan syarat tidak menyiarkan berita yang bersifat mengkritik pemerintah Qatar. Al-Jazeera, bagaimanapun juga, merupakan program udara yang kerap melontarkan kritikan kepada semua negara. Haim Saban sebelumnya telah membeli hak penyiaran untuk memasarkan filem kanak-kanak Jepun, The Power Rangers, di Amerika. 

Beliau adalah pendukung utama Israel dan sayap kanan pemerintah Netanyahu. Beliau adalah kelahiran Mesir dan adalah seorang pengusaha Yahudi yang terkenal kerana kemahirannya berunding dalam dunia perniagaan. (mirzah/presstv) 






للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Al-Jazera Temubual Nurul Izzah?! Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 21 November 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!