Thursday, 21 November 2013

Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang

Aku dahulunya cukup meminati dan menyanjungi Tok Guru Nik Aziz walaupun apa ketika itu sekitar tahun 90'an aku hanyalah seorang remaja yang tidak langsung mengambil tahu akan hal hal politik dan hari ini jelas depan mata PAS semakin hancur.


Bagaimana aku sayang dan suka pada Tok Guru Nik Aziz?

Ketika zaman pemerintahan Mantan Perdana Menteri Tun mahathir Mohammad, aku sudah diajukkan dengan cerita cerita bertapa hebatnya pemimpin bernama Nik Aziz Nik Mat sehinggakan aku ketika itu beranggapan PAS adalah satu suara umat Islam didalam pemerintahan negara dan parti lain tidak cukup ISLAM.

Manakala Perdana Menteri Tun Mahathir dilabelkan dengan pelbagai panggilan sehingga ada yang menyelar beliau sebagai seorang yang "gila kuasa" dan diketika itu juga teknik photo-impose sudah mula dimainkan (walaupun agak jarang digunakan) akan tetapi penyokong pembangkang pastinya mendahuluinya mengunakannya. Gambar Tun diedit (contoh spt diatas) dan ditampal ditiang tiang masjid malah juga dilihat didinding rumah disekitar kampung aku. Antara gambar edit yang di ubah kepada wajah Tun Mahathir adalah Raja Saudi, Salem Iklim dan beberapa karakter yang aku tidak pasti siapa. Zaman tu bukan macam sekarang boleh SNAP jek kalau jumpa proof hehe....

Orang muda seperti aku yang neutral pastinya agak pelik dan tertanya tanya apabila memperlihatkan poster gambar edit spt ini bertebaran disekitar kampung. Yang lebih membuatkan yakin akan cerita "gila kuasa" Tun Mahathir adalah dari bualan mulut kemulut terutama penyokong tegar berkopiah putih (aku tak sure PAS atau S46) suka bercerita akan buruknya Tun Mahathir (dalam hati fikir..takkan la pak lebai nak kelentong aku).

Walaupun pada ketika itu (confirm aku totok Tok Guru) aku masih lagi cuba mendengar dari pihak penyokong UMNO apakah kebenaran akan perkara ini, lalu aku bertemu dengan seorang bekas tentera yang telah diberhentikan dari tugas kerana masalah kesihatan (NAVY) bercerita pada aku siapa Tun Mahathir yang sebenarnya dan termasuk fakta bertapa kecerdikkan beliau dituntut oleh negara lain agar menjadi penasihat mereka.

UMNO kuat (majoriti 2/3) diketika zaman pemerintahan Tun Mahathir kerana semasa itu Anwar adalah antara seorang panglima didalam UMNO yang dicipta oleh Tun M sendiri.ia senario yang amat berbeza pada zaman kini dimana Anwar seorang yang cukup dipercayai Tun M telah tersingkir dari perjuangan UMNO malah Anwar adalah antara seorang BOS yang pernah mengaturcara pemerintahan negara ini walaupun secara tidak langsung seorang yang pernah mencorak pemikiran orang UMNO hari ini. Laungan HIDUP MELAYU semakin sayup..

Akan tetapi...

Lihatlah NIK AZIZ NIK MAT hari ini....Bezanya beliau dengan Tun Mahathir....



Sesungguhnya orang-orang kafir, sama saja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu beri peringatan, mereka tidak juga akan beriman. Allah telah mengunci-mati hati dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka siksa yang amat berat..(QS.Al-Baqarah : 6-7)


Wallahualam..


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 21 November 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!