Monday, 11 November 2013

Ajaran Syiah Dalam Novel?!

Beberapa guru yang mengajar subjek pendidikan Islam di sekolah menengah kerajaan di Kedah dikesan menyebar serta mengedar buku berkaitan fahaman dan ajaran Syiah kepada pelajar mereka.

Timbalan Pengerusi Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Kedah Abdullah Din berkata kegiatan guru terbabit di beberapa sekolah di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu dikesan baru-baru ini.

"Perbuatan guru-guru ini boleh merosakkan akidah pelajar kerana ajarannya bertentangan dengan fahaman Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang dipegang oleh umat Islam negara ini," katanya kepada pemberita selepas menganggotai panel Forum Ancaman Syiah anjuran Majlis Bandaraya Alor Setar di sini hari ini.


Beliau berkata perkara itu dimaklum kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin agar tindakan tegas dapat diambil terhadap mereka.

Abdullah juga berpendapat guru Pendidikan Islam yang menganut fahaman Syiah tidak seharusnya mengajar subjek itu.

Beliau berkata walaupun tidak mempunyai bukti kukuh untuk melabel seseorang sebagai penganut Syiah, tindakan mengedarkan buku berkaitan fahaman itu kepada pelajar jelas membuktikan mereka adalah pengikut Syiah.

Sementara itu, Pengerusi Gabungan Institusi Pondok Tahfiz dan Ilmuan Sunni Profesor Dr Abdul Aziz Hanafi berkata pelajar boleh terkeliru apabila guru pendidikan Islam berfahaman Syiah menyampaikan fakta berbeza dengan silibus yang disediakan.

Beliau berkata ajaran Syiah mengagungkan Imam 12 serta mengkafirkan sahabat Rasulullah dan ini boleh mengelirukan pelajar sekolah namun akhirnya mereka akan percaya dengan apa yang diajar guru berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Abdullah berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu mengharamkan penjualan novel 'Perempuan Nan Bercinta' yang dipercayai mempunyai unsur Syiah dan boleh memesong akidah pembaca, terutama pelajar sekolah. - Bernama 




Membongkar Tembelang Syiah Faisal Tehrani dalam karya "Perempuan Nan Bercinta"


Mempertikaikan Sayyidina Abu Hurairah r.a. dan hadith sahih

Sepertimana golongan Syiah Rafidhah yang lain, antara para sahabat yang paling dibenci oleh mereka adalah Sayyidina Abu Hurairah. Ini kerana Abu Hurairah adalah antara sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadith-hadith Rasulullah SAW. Bahkan telah berlaku ijmak di kalangan ahli hadith bahawa Abu Hurairah adalah sahabat yang paling banyak meriwayat dan menghafaz hadith-hadith Rasulullah SAW. BACA ARTIKEL PENUH SINI


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Ajaran Syiah Dalam Novel?! Daeng Selili Rating: 5 Monday, 11 November 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!