Monday, 14 October 2013

Undian Jamawi Jaafar Terikat Khairul Azwan Harun?!

Keputusan mutakhir berhubung pemilihan UMNO 2013 yang diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2103, Tan Sri Tajol Rosli hari ini memperlihatkan keputusan seri bagi dua calon jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Jamawi Jaafar dan juga Khairul Azwan Harun di mana masing-masing memperolehi jumlah kemenangan yang sama sebanyak 73 undi.

Menurut tan Sri Tajol, berdasarkan situasi tersebut, pihak jawatankuasa pemilihan akan menggunakan kaedah pengiraan undi popular seperti mana yang telah diputuskan sebelum ini bagi menentukan pemenangnya.

“Seperti mana yang kita beritahu di dalam taklimat sebelum ini, kita akan menggunakan kaedah undi popular bagi menentukan siapa pemenangnya. Kita akan jumlahkan kesemua undi yang diperolehi oleh dua calon ini dari 190 bahagian di seluruh negara.


“Setelah itu, barulah kita akan dapat menentukan siapa pemenangnya bagi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang baru,” ujarnya kepada pemberita di sidang media bertempat di Aras 4, Menara Dato Onn di sini hari ini.

Sementara itu, menurut Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Ab Rauf Jusuh, Ibu Pejabat UMNO akan memanggil calon atau wakil calon tersebut dalam masa yang terdekat untuk menyaksikan perjumlahan semula undi yang diperolehi oleh kedua-dua calon Naib Ketua Pemuda UMNO itu.

“Pihak ibu pejabat akan memanggil kedua-dua calon atau pun wakil calon selepas hari raya Aidiladha ini untuk melihat sendiri kertas undi yang diterima ini oleh kedua-dua calon ini.

“Oleh yang demikian, kedua-dua calon bolehlah datang atau menghantar wakil apabila dipanggil oleh ibu pejabat UMNO untuk melihat proses perjumlahan semula kertas undi yang diperolehi oleh kedua-dua calon ini bagi menentukan siapa pemenangnya,” ujarnya.

Menurut beliau, keputusan rasmi berhubung pemenang bagi jawatan Naib Ketua Pemuda akan diberitahu kepada media setelah urusan penjumlahan semula undi untuk undi popular selesai dilaksanakan. - sumber

Daeng : Admin agak terkejut dengan keputusan ini akan tetapi apa boleh buat kerana proses penjumlahan dilakukan di PWTC sedangkan admin monitor dari web sehingga jam 7 pagi(pastu aku tido penat) sedar-sedar carta kiraan berubah sekitar siangnnya. Kenapa berubah dan kenapa paparan akhir tidak ditunjukkan?(nanti aku tunjuk apa jadi)Cuba lihat gambar dibawah. pukul 4.04 am - 7.07am


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Undian Jamawi Jaafar Terikat Khairul Azwan Harun?! Daeng Selili Rating: 5 Monday, 14 October 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!