Sunday, 6 October 2013

Tidak Boleh Berkempen Larangan Menyusahkan : Datuk Seri Mohamad

“Kalau jadi calon, tapi tak boleh berkempen, macam mana nak menang? Nak jadi ketua kelas pun kena kempen, nak jadi ketua kampung pun kena kempen.. ini pula nak jadi ahli Majlis Tertinggi dan Naib Presiden UMNO,” katanya. 


Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, meluahkan rasa tidak puas hati terhadap peraturan pemilihan UMNO kali ini yang menyukarkan calon untuk berkempen. 

Beliau yang juga Menteri Besar berkata, keputusan meletakkan pelbagai sekatan kepada calon bertanding berkempen membataskan pergerakan mereka. 

“Kalau jadi calon, tapi tak boleh berkempen, macam mana nak menang? Nak jadi ketua kelas pun kena kempen, nak jadi ketua kampung pun kena kempen.. ini pula nak jadi ahli Majlis Tertinggi dan Naib Presiden UMNO,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Belia negeri di sini, semalam. 

Larangan menyusahkan 

Beliau mengulas beberapa larangan ketika berkempen, termasuk semua calon yang bertanding di peringkat bahagian dan pusat, dilarang berkempen bersendirian, sebaliknya hanya dibenarkan memperkenalkan diri pada majlis rasmi anjuran Badan Perhubungan UMNO negeri. 

Sementara itu, Mohamad berkata, UMNO perlu memastikan hubungan dengan pelajar Malaysia di institusi pengajian tinggi luar negara dijaga dengan baik kerana mereka bakal pulang menjadi golongan profesional. 
“Kalau kita tidak menjaga kebajikan ketika mereka memerlukan perhatian di sana, mereka akan pulang dan menyebelahi pembangkang. 

“Kita tidak mahu perkara ini berlaku kerana kita mahu sokongan golongan cerdik pandai dalam UMNO,” katanya. 

Buka peluang 

Mengulas mengenai DUN Belia, Mohamad berkata, Negeri Sembilan menjadi satu-satunya negeri menyediakan platform itu untuk golongan belia menyuarakan pandangan serta cadangan kepada kerajaan negeri. 

Katanya, Ahli DUN Belia daripada 36 wakil belia setiap kawasan DUN negeri ini, manakala 30 orang lagi dipilih daripada pelbagai kerjaya, termasuk profesional, sukan dan permotoran. 

“Mereka bersidang sekurang-kurang dua kali setahun dan usul yang dibuat akan dihantar kepada kerajaan negeri untuk diperhalusi dan dipertimbangkan dalam proses membuat dasar dan pembangunan belia,” katanya. - BH


Daeng : Aku suka Datuk Seri ini...Lebih2 lagi masa dia berucap masa press confrence cakap dalam dialek Negeri Sembilan...Teringat aku pada Hamdi Abu Bakar Pak Ngah bercakap cara orang Perak.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Tidak Boleh Berkempen Larangan Menyusahkan : Datuk Seri Mohamad Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 6 October 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!