Wednesday, 23 October 2013

Tian Chua Mengidam Jawatan Menteri Dalam Negeri?

Sebanyak tujuh senjata api daripada 44 yang hilang telah ditemui, namun ia masih tidak dapat memuaskan hati wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) Tian Chua.

Ahli Parlimen Batu itu mendakwa alasan kehilangan senjata api yang diberikan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) adalah tidak munasabah dan tidak dapat diterima.

KDN dalam jawapannya kepada Tian Chua memaklumkan beberapa faktor kehilangan senjata api termasuklah kereta dipecah, senjata api tertinggal di dalam kereta selain anggota polis diragut atau disamun dan senjata api tercicir ketika menjalankan tugas.

Selain itu kehilangan di dalam pejabat turut mencurigakan Tian Chua.

"Saya sebenarnya tidak berapa puas hati dengan jawapan itu kita tidak tahu apa maksudnya kategori kehilangan dalam pejabat.

"Adakah pejabat dipecah masuk atau ada orang yang ambil atau curi di kalangan anggota polis senjata itu," katanya pada sidang media di Lobi Parlimen sebentar tadi.

Laporan ketua Audit awal bulan ini mendedahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kehilangan 309 unit aset meliputi gari, senjata api dan kenderaan yang bernilai RM1.33 juta.

Daripada jumlah itu, statistik kehilangan aset yang dikeluarkan Bahagian Pengurusan Aset, Jabatan Logistik, PDRM daripada 2010 hingga 2013 mendapati aset yang paling banyak hilang adalah gari dengan sejumlah 156 unit, diikuti senjata api (44) dan kenderaan (29).

Tian Chua selain itu turut mempertikaikan ketelusan anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam menggunakan senjata api dalam menjalankan tugas.

Malah beliau turut mempersoalkan keputusan KDN yang akan memperkenalkan sistem kepada kakitangan PDRM bagi mengesan kehilangan aset November 2013.

"Saya rasa perlu langkah yang lebih profesional untuk mengawal senjata api. Sungguhpun jawapan menteri satu sistem mengesan kehilangan aset akan diperkenalkan terhadap polis dan tindakan akan diambl terhadap pegawai Polis yang didapati cuai menyebabkan kehilangan aset.

"Saya ingin tahu, kita akan periksa semula bulan hadapan semasa Parlimen kita masih bersidang adakah sistem itu sudah mula beroperasi atau tidak," tegasnya.

Dalam pada itu beliau berharap agar anggota polis tidak menyalahgunakan kuasa untuk memiliki senjata api sewaktu bekerja agar perkara yang sama tidak akan berulang lagi kelak. 




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Tian Chua Mengidam Jawatan Menteri Dalam Negeri? Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 23 October 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!