Thursday, 24 October 2013

Suami Lihat Sendiri Melalui Skype Isteri Bunuh Diri

Seorang wanita membunuh diri ketika berbual dengan suaminya menerusi Skype setelah berang suaminya mabuk.

Mangsa, penduduk Batticaloa di timur Sri Lanka berbual dengan suaminya yang bekerja di Qatar ketika kejadian pada 29 September lalu.

Sebelum itu, mereka bertengkar kerana wanita itu melihat suaminya mabuk. Wanita itu memberi amaran akan membunuh diri jika suaminya terus mabuk.

Jurucakap polis berkata, wanita itu kemudian menghala kamera supaya suaminya dapat melihat dia menggantung diri.

Lelaki itu menelefon saudara maranya untuk menghalang perbuatan isterinya, tetapi sudah terlambat. – Agensi

Gambar Hiasan


Daeng:

Satu tindakkan yang sia sia dan boleh dikatakan sangat menyedihkan bila seorang isteri yang baik akhirnya kecundang akibat kekeliruan dalam memilih keputusan yang munasabah.

Perbuatan bunuh diri sebagai suatu dosa yang amat menjejaskan perjalanan rohaniah seseorang. Bagi mereka yang dahulu percaya, tetapi akhirnya menolak kepercayaan mereka kepada Allah, hakikatnya kelihatan jelas negatif.

Firman Allah dalam Al-Quran, An-Nisaa berkata: "Dan janganlah kamu bunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu." (4:29) 

Larangan terhadap bunuh diri juga dicatat dalam kenyataan-kenyataan hadis yang tulen. Umpamanya, "Orang yang mencekik dirinya sendiri hingga mati akan mencekiknya juga dalam neraka, dan orang yang menikam dirinya juga akan menikam dirinya di dalam neraka dan orang yang melemparkan dirinya dari tempat tinggi untuk membunuh diri, maka akan selalu dia melemparkan dirinya di dalam neraka." 

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

”Sesiapa yang membunuh dirinya dengan benda tajam, maka benda tajam itu akan dipegangnya untuk menikam perutnya di neraka Jahanam. Hal itu akan berlangsung selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun sehingga mati, maka ia akan meminumnya di dalam neraka Jahanam selama-lamanya. Sesiapa yang menjatuhkan diri dari gunung semata-mata untuk membunuh diri, maka ia akan menjatuhkan dirinya ke dalam neraka Jahanam selama-lamanya.” (Riwayat Abu Hurairah)

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Suami Lihat Sendiri Melalui Skype Isteri Bunuh Diri Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 24 October 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!