Monday, 14 October 2013

Suami Disaman Kerana Menendang Punggung Isterinya?!

Seorang lelaki terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Majistret, di sini, hanya mengarahkan dia membayar kompaun RM300 atas kesalahan menendang punggung isterinya tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Eslamluddin Salehudin, 30, dari Taman Beserah, di sini, sebelum itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Jessica Daimis.

Tertuduh didakwa sengaja mendatangkan kecederaan dengan menendang punggung serta menyebabkan lebam di bahagian lengan isterinya pada 25 September 2012 di rumah bernombor 25, Lorong 3, Taman Beserah jam 2.30 petang.

Dia melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Muhammad Eslamluddin yang memakai baju-T berwarna merah dilihat ditemani isterinya serta beberapa ahli keluarganya sepanjang prosiding itu berlangsung.-Harian Metro


DS : Negara ini memang diperuntukkan undang-undang walau seremeh mana kes tersebut, walaubagaimanapun rakyat tidak dengan senajanya mencuba atau mempelekehkannya. Hukuman ini terlalu ringan tetapi sewajarnya kes moral begini bukan kompaun diperuntukkan tetapi penerapan kesedaran jatidiri. Semoga jangan diulang lagi (si bini tu mesti emosi terlampau dengan tidak senaja dah mengaibkan suami sendiri)Hai orang muda...




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Suami Disaman Kerana Menendang Punggung Isterinya?! Daeng Selili Rating: 5 Monday, 14 October 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!