Thursday, 3 October 2013

Sketsa "Main Tikam Belakang" Mana Mana Pun Sama

Kecelaruan ikatan dalam pakatan pembangkang tidak dapat disembunyikan lagi khususnya di Sabah sebagaimana yang didedahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang, Hiew King Cheu hinggakan bertindak keluar parti yang dianggotainya iaitu DAP.

ADUN Bengkoka, Datuk Bolkiah Ismail melihat tindakan keluar parti dari kalangan pakatan pembangkang bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana sedia maklum bahawa ikatan yang terjalin dalam pembangkang bukanlah lahir dengan keikhlasan sebaliknya ia sebahagian daripada lakonan untuk kepentingan masing-masing.

“Jika dalam pilihan raya pun mereka tidak dapat bersatu dengan menggunakan satu lambang sebagaimana yang dilaksanakan dalam Barisan Nasional (BN) maka tentunya dalam menjalani kehidupan berpolitik seharian pun akan lebih rumit lagi,” katanya kepada UMNO-Online.

Ujar beliau, pembentukan pakatan pembangkang dari awal lagi sudah terbukti tidak mempunyai kesepakatan, gagal mencapai kesatuan dan sering bertingkah pendapat termasuklah untuk mengisi jawatan ketua pembangkang Sabah.

“Ini adalah perpecahan awal selepas pilihan raya umum ke-13 dan tunggulah perpecahan yang berikutnya kerana pakatan pembangkang di Sabah tidak pernah mencapai muafakat sebaliknya sering bertelagah antara satu sama lain, tidak mustahil akan ada lagi yang keluar parti selepas ini.”

Dilaporkan, tindakan Hiew keluar DAP adalah rentetan daripada pengumumannya menarik diri daripada pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP yang dikatakan berkait dengan pelantikan Datuk SericLajim Ukin dari PKR sebagai Ketua Pembangkang Sabah dan tidak menyokong anggota DAP sendiri untuk jawatan terbabit.

“Jika dalam satu pakatan pun tidak ada kesatuan jadi bagaimana mereka dapat bersatu untuk berkerajaan kerana antara PKR dan DAP itu sendiri sepatutnya selari iaitu parti pembangkang namun lebih teruk lagi apabila dalam PKR itu juga ada yang tidak bersetuju dengan pelantikan Ketua Pembangkang di Sabah biarpun dari PKR sendiri, bukankah ini lebih bercelaru?

“Ini amat berbeza dengan apa yang diaplikasikan dalam BN kerana parti-parti yang bergabung dalam satu kesatuan sentiasa sepakat dan menghormati setiap keputusan yang dilakukan oleh pusat.”

Jelas beliau, biarpun pelantikan ketua pembangkang di Sabah diiktiraf oleh pemimpin pembangkang pusat namun di kalangan anggota parti pembangkang di Sabah masih terus kedengaran rasa tidak puas hati dengan keputusan tersebut.

“Dalam BN ini semua tidak berlaku kerana kesepakatan yang kukuh dan ikatan yang terjalin dibentuk melalui akar umbi, menghormati pemimpin peringkat negeri dan akur dengan keputusan daripada pimpinan pusat apatah lagi Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN dan Perdana Menteri telah terbukti ketokohan dan kebijaksanaannya dalam pentadbiran.

“Dengan perpecahan dan tindakan saling tikam-menikam d ikalangan pakatan pembangkang ini sewajarnya ia menjadi iktibar dan tauladan kepada kita bahawa jalinan yang kukuh hanya akan dapat dicapai melalui perpaduan dan pakatan yang ikhlas, bukan dengan agenda negatif atau niat tidak baik.”

Tegas beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kudat, konsep BN masih diterima dengan baik oleh rakyat, mengekalkan perkongsian kuasa dengan sikap saling hormat menghormati biarpun BN sendiri dianggotai oleh parti pelbagai kaum, berbeza agama dan berlainan budaya.

“Kita tidak nafikan memang wujud juga perbezaan pendapat namun semuanya ditangani secara matang sebagaimana usia BN sendiri, kita selesaikan setiap perselisihan melalui rundingan dan dengan cara yang bijak tanpa merosakkan perpaduan di akar umbi,” tambah beliau lagi. - UM

Daeng : Aku setuju dengan segelintir kata-kata bijak pandai tapi kadang kala hanya bijak berbicara, tapi aplikasinya??



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Sketsa "Main Tikam Belakang" Mana Mana Pun Sama Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 3 October 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!