Saturday, 26 October 2013

Sepetang Di Sungai Limau

Admin diberikan peluang untuk sama berkempen di PRK SUNGAI LIMAU.

Sedikit coretan untuk tatapan pembaca setia blog kecil ini, walaupun admin hadir disini ibarat melukut ditepi gantang..(admin ada atau tidak ada semuanya bergantung kepada kebijaksanaan pengundi Sungai Limau.)

Kehadiran admin disini disambut oleh rakan rakan media yang sedia kenali admin 1 daengselili. Walaupun agak kekok dengan keadaan sengit 2 belah pihak ditambah pula kunjungan Timbalan Perdana Menteri Malaysia merancakkan lagi suasana berkempen, ini pengalaman yang cukup bermakna dalam sejarah hidup admin dalam membantu tercapainya hasrat kemenangan Barisan Nasional kali ini.

Insyallah, dipanjangkan umur dan diberi kelapangan admin akan cuba update situasi disini dan bukan menulis sekadar menggunakan imaginasi seperti blogger pembangkang yang bercerita tanpa hujung pangkal.


Sepetang Di Sungai Limau Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 26 October 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!