Monday, 21 October 2013

Sembelih Babi Dalam Sekolah?!

Cerita tentang perbualan seorang lelaki India dengan guru besar SK Puchong Jaya yang tidak berpu as hati dengan tindakan pihak sekolah yang membuat acara Hari Korban.

Encik lelaki berbangsa India-Hindu ini begitu marah dan tertekan. Ada unsur provokasi di situ. Dia berkali-kali bertanya kepada guru besar tersebut, apakah ada di dalam dasar pendidikan kementerian bahawa penyembelihan lembu di sekolah dibenarkan, apakah pihak sekolah tidak sensitif dengan bangsa lain, mengapa orang Islam boleh sembelih lembu, tetapi orang Cina tak boleh nak sembelih babi di sekolah, kenapa ada double standard dalam semua kaum di sekolah,dan pelbagai lagi.

Guru besar tersebut kelihatan kaget, dan mungkin terkejut dengan provokasi itu. Baik, di sini, ada beberapa hujah yang boleh disangkal:

1) Dalam Perlembagaan Persekutuan, perkara 3 mengatakan Islam agama rasmi Malaysia,tetapi agama lain bebas diamalkan.Dalam perkara 11,tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4).

Apabila bercerita tetang agama rasmi, maka acara yang melibatkan agama Islam mewakili upacara utama di Malaysia. Maka, upacara penyembelihan di sekolah itu adalah dibenarkan kerana ini bukan sekadar upacara keagamaan, tetapi ini adalah upacara negara kita yang mendokong Islam sebagai agama rasmi.

Malah, tidak ada pun halangan daripada Malaysia untok agama lain mempraktikkan upacara mereka, tetapi bukan di sektor-sektor awam. Kerajaan Malaysia membenarkan agama lain membuat upacara mereka di mana-mana sahaja, tetapi bukan secara rasmi yang melibatkan pekerja awam, pelajar sekolah atau mana-mana agensi kerajaan. 

2) Kenapa babi tak boleh disembelih di sekolah? Kerana tidak ada secara khusus mana-mana upacara agama bukan Islam seperti Buddha atau Hindu yang menyuruh umatnya menyembelih babi beramai-ramai. Perkara 3 telah mengatakan bahawa 'tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya', tetapi adakah agama yang menyuruh umatnya untok menyembelih babi di khalayak ramai? 

Islam, memang dianjurkan untok melakukan ibadah Qurban seperti yang dinyatakan di dalam Al-Quran:

" Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syari`atkan ibadat menyembelih korban supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat. " Surah Al Hajj 22:34)

3) Tidak ada double standard di dalam hal ini. Encik yang menelefon itu mempersoalkan kenapa agama Islam boleh, agama lain tak boleh. Apa yang agama lain tak boleh? Orang Buddha menggunakan jalan raya (yang menganggu trafik, tetapi kita Malaysia kan, toleransi diutamakan) untok membuat upacara Cap Go Meh, orang India menggunakan jalan raya utama bagi perayaan Depavali dan Thaipusam sehingga menyebabkan trafik sangat sesak, tetapi kami tidak merungut kerana kami (Islam) faham bahawa toleransi agama itulah segala-galanya.

Orang Sikh boleh memakai serban mereka di sekolah (orang Islam pun tak boleh tahu tak?) dan kaum-kaum yang ikut agama lain juga dibenarkan. Cuma, apa yang tidak DAPAT dilakukan oleh yang bukan Islam adalah membuat upacara rasmi di sekolah. Itu sahaja. Nak buat di tempat lain, silakan.

4) Sepatutnya isu ini langsung tidak perlu dibangkitkan. Apa sebenarnya masalah yang hendak dibangkitkan? Encik, kalau encik mengadu di Kementerian pun, apa yang encik harapkan di peringkat itu? Adakah dengan Kementerian tidak membenarkan lagi upacara penyembelihan itu bakal memakmurkan lagi agama Encik? Adakah dengan mengadu di Kementerian, ada upacara agama Encik boleh dibuat di sekolah?

Tidak ada maknanya! Jika encik bercakap tentang KEADILAN, encik tersilap antara KEADILAN dengan KESAMARATAAN. Tidak. Kita mengamalkan toleransi. Kalau kami (Islam) boleh bertoleransi dengan agama anda, anda juga perlu fahami dan bertoleransi dengan agama kami. Kalau encik menyamakan menyembelih lembu itu sama ertinya dengan menyembelih babi (kerana India sensitif dengan lembu, dan Muslim sensitif dengan babi- berlainan pola kesensitifannya), maka ianya langsung tidak masuk akal.

Kami sembelih lembu tidak ada kena mengena langsung untok provok agama Hindu. Bukan itu niat kami. Ini adalah suruhan Tuhan kami, dan kami akur dengan suruhan tersebut. Mungkin di sini ada percanggahan kepercayaan antara Hindu dan Islam dalam isu lembu ini, tetapi kalau encik sentiasa berlapang dada menerima hakikat pandangan kami terhadap lembu,alangkah baiknya. Kita hidup aman harmoni.

Kami tidak menghina agama Encik, tetapi, dengan perbuatan encik mempertikaikan upacara agama kami, samalah seperti kami meletakkan paku di tangga-tangga Batu Caves.


Salam 1 Malaysia.
Mufarwa Farid, 17 Oktober 2013, Jam 2133.

Saravanan, Begitulah beraninya si mamat ni mempertikaikai amalan Islam yang telah berlangsung di Malaysia dan seluruh dunia. Sedangkan dia dilahirkan di Malaysia dan sewajarnya memahami situasi tersebut.

Kalau ikut pengalaman Di India, sembelihan lembu tidak boleh dibuat secara terbuka di sana. Tapi di Malaysia Agama Rasmi ialah Islam.

Nk buat compare haiwan kena adil. Sepatutnya lembu x boleh disamakn dgn babi. Sbb melayu & cina mkn lembu. Tp babi cina je mkn. Buatlah persamaan lembu dgn rusa ke, kijang ke...

Di Kampus dulu Pengetua Kolej Kediaman Hindu, Prof Dr A.L.Ramayah, bila pihak Surau buat program dan jamuan, dia makan jek daging lembu yg dihidangkan. Masalah orang india tidak membezakan Dewa sembahan mereka tu bukan binatang lembu, tapi sejenis makhluk (Jin) yg menyerupai lembu. Kalau nak mengetahui lebih lanjut boleh rujuk Tokoh Pendakwah Selangor 2013 Sakirit ....(Susah nak eja)

hrp ia dpt membantu.. toksah layan org giler n x btl mcm daravanan tu... ego x bertempat
Dlm kitab ramayana ..... mgatakn lembu dimkn. Ttp lembu sbg binatang suci telah menjadi satu doktrin ... yg disuntik oleh puak brahma. Mrk ni bnyk brgantung kpd jualan susu lembu.

Memandgkn doktrin ni dah ribuan thn .... hari ini kebnyk hindu meraskn ianya ajaran... mrk pun tak baca kitab.

Majoriti umat sanatana dharma tidak baca kitab2 suci mrk. Kisah lagenda ramayana pun mrk dengar melalui filem2 bollywood dan kollywood. Dlm ramayana dikatakan dewa mrk menjamah lembu. Glgn brahmin asalnya percampuran dravida dan aryan. Aryan ni suka makan lembu. Dulu masih saya kecil tak ada masalah ada majlis korban lembu disekolah. Hanya skrg. Kenapa? Perubahan arus politik mungkin satu sebab. Mrk pun bukan hormat sgt lembu. Selalu bila nak hina org dia ambil lembu sebagai role model. Bila marah dia kata "dey maadu" (dey lembu) (bukan madu itu lain) dll. Ustaz lebih arif. Masy Hindu sgt bertoleransi sebenarnya tapi glgn politik tertentu telah meracuni minda mrk.
Mcm2! 

1. Dlm kitab Rig Veda disebut dgn jelas lembu dikorbankan dlm upacara keagamaan.

2. Lembu dianggap binatang suci. Ada kata2 masyhur dlm masy india, "ko matha, yenggel kola matha". Bermaksud 'ibu lembu adalah ibu bagi kaum kami'. Jadi sentimen mereka menganggap status lembu seperti ibu.

3. Masyarakat india di Malaysia (di India pun sama) sgt jahil tentang agama mereka. Kejahilan dan ego mrk sering menimbulkan suasana tegang. They are not willing to listen

4. Masyarakat india di sini lebih cenderung mengikuti ajaran asaskan tamadun Tamil (Tamil Samayam) dan bukannya Hindu. Kita yang kata mereka Hindu.

5. Masyarakat india di sini lebih dipengaruhi oleh fanatisme terhadap bangsa bukan agama.

Kita tidak perlu korbankan syiar Islam semata-mata nak layan sentimen mereka. Cuma perlu hikmah dalam perlaksanaan.

Jika timbul persoalan atau provokasi di masa akan datang, saya cadangkan pihak yg tak puas hati hantar surat bantahan. Jika kita layan mereka, mereka akan gunakan kata-kata yg menyakiti perasaan org Islam.

Moga Allah beri hidayah pd semua. wajib baca! penjelasan panjang lebar drpd cikgu kamaruzaman bukit sentosa!

Sumber : Pelbagai


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Sembelih Babi Dalam Sekolah?! Daeng Selili Rating: 5 Monday, 21 October 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!