Tuesday, 15 October 2013

Saya memahami keluh kesah anda - Jamawi Jaafar


"Sejujurnya tidak sesekali terfikir akan pergi sejauh ini... Dari seorang anak kampung jauh di Pedalaman Sabah.. Dimasa kecil menjual kuih dan mee keliling kampung... 

Insyaallah jika diamanahkan akan berusaha melaksanakan tanggungjawab memperkasakan anak anak muda kampung dan bandar... Saya memahami keluh kesah anda..." 

Jumlah kiraan sekitar 7.07 Pagi (13/10/2013)



Khairul Azwan Tulis Surat Bantahan!

Kem Khairul Azwan Harun membantah pengumuman Jawatankuasa Pemilihan UMNO bahawa undi beliau seri 73 undi sama dengan Jamawi Jaafar untuk jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO.

Mereka mendakwa undi Khairul Azwan yang juga Ketua Pemuda UMNO Perak lebih dan bukan seri.

Wakil beliau,Anuar Ariffin telah mengadakan sidang akhbar di Kuala Lumpur petang Isnin memberitahu mereka sudah hantar surat bantahan kepada pengerusi jawatankuasa itu Tan Sri Tajol Rosli Ghazali.

Jawatankuasa itu diminta 'melihat semula' untuk membetulkan keputusan berkenaan. Difahamkan mereka mendakwa dari penjumlahan menerusi wakil-wakil calon Khairul Azwan didapati undi beliau lebih dari 73.

Ekoran pengumuman keputusan seri pada Ahad malam itu Jawatankuasa Pemilihan UMNO akan mengadakan penjumlahan ' undi popular' selepas Hari raya Aidil Adha.

Ia bagi menentukan siapa yang perolehi undi paling banyak dari perwakilan Pemuda bahagian di seluruh negara.Siapa yang lebih dia dikira menang.

Sementara itu Jamawi telah menyuarakan keyakinan menerusi facebooknya undi popular itu akan memihak padanya sekalipun kehilangan 6 undi bahagian di negerinya,Sabah.

"Walaupun seri 73 undi, saya yakin dan percaya undi popular berpihak kepada saya. Terima kasih kepada semua perwakilan Pemuda UMNO yang mengundi saya,"katanya.-14/10/2013



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Saya memahami keluh kesah anda - Jamawi Jaafar Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 15 October 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!