Thursday, 10 October 2013

Sarapan RM6k Penyokong Buruk Lantak?!


Sinar Harian Saling Tak Tumpah Macam Harakah, Kalau orang makan mentekedarah siap tapau tu tak mustahil boleh kene caj macam tu yang salah dalam isu ini adalah Sinar Harian dan Pegawai Mukhriz yang tak fikir camana nak manage penyokong ketika membuat rombongan.

Sinar Harian sewajarnya menyiasat terlebih dahulu perkara ini sebelum mengeluarkan artikel, tapi gara gara excited nak hentam pemimpin UMNO. Tak pasal mokcik kedai gulai itik serati itu yang kena serbu KDPNKK. Bab makan minum ini bukan boleh duga selera orang dan adatnya rakyat Malaysia..Siapa tolak makan free kena-kena gulai itik serati, ayam kampung goreng, gulai ayam kampung dan macam macam yang best plak aku dengar.

Pegawai yang duk makap RM500 tu aku hairan. Macam mana orang yang mewakili Menteri Besar boleh berurusan macam nak beli sekampit dedak ikan tonsan?Orang macam ini la buruk pada pandangan rakyat..manage orang datang makan pon nak rembat komisen..Tah pape..

Aku rasa gulai itik serati tu elok beno la dikiaskan kepada pegawai Mukhriz tu. Lain kali nak buat rombongan pastikanlah tukang hidang ikut rancangan ke (ade perancangan ke?). 

Pegawai tu patut warning siap-siap pada penyedia makanan ATAU mintak makanan tu dihidangkan dikawasan lebih privesi macam kat dewan ke...bukan marah orang makan..tapi siapa yang makan dan belah awal tu? 

Anggar 200 orang tapi yang datang mengtekedarah sampai 400 orang siap bungkuih lagi...perangai macam ini cukup memalukan melayu. Dah nama makan kat kedai makan..selagi ada kerak pun nak gak...

Mukhriz tidak bersalah dalam hal ini tetapi Mukhriz harus ingat elemen macam ini yang bakal melingkupkan beliau sebab bela pegawai macam tu. Penyokong Mukhriz ramai..anggaran 200 tapi datang 400 hehehe..Maklum la Menteri Besar takkan la nak berkira RM6000.00 tu..tapi tukang jaga merangkap pegawai Mukriz tu buat bangang tak pasal Mukhriz terpalit taik itik serati.

*Dulu bukan main segelintir kita kutuk cina sabah tapau makanan...hari hambek..RM5,500 + Makap harga lagi kah kah kah kah....Nasib baik aku tak kutuk cina tu aritu...
Sebab aku tahu kompom 2x5


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Sarapan RM6k Penyokong Buruk Lantak?! Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 10 October 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!