Tuesday, 8 October 2013

Rambo Bentong Penjara 133 Tahun?!

Raub: Seorang lelaki bergelar ‘Rambo Bentong’ yang sedang menjalani hukuman penjara 133 tahun, sekali lagi didakwa semalam atas tiga tuduhan termasuk merompak dan merogol seorang wanita di Bentong, 3 November tahun lalu. 

Merompak hingga menyebabkan kecederaan 

Rabidin Satir,42, dari Kampung Libang Ulu, Tambunan, Sabah yang sebelum ini dihukum penjara kerana merogol, seks luar tabii serta cubaan bunuh seorang anggota polis Februari lalu, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini terhadap ketiga-tiga pertuduhan baru berkenaan. 

Pada prosiding semalam, dia dituduh melakukan rompakan bersenjata sehingga menyebabkan kecederaan terhadap seorang wanita berusia 28 tahun di Perumahan Perhutanan Bentong, antara jam 3.50 pagi hingga 4.30 pagi, 3 November 2012. 

Rabidin didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. 

Lelaki itu juga dituduh merogol sehingga menyebabkan mangsa cedera pada masa, tempat dan tarikh yang sama. Bagi tuduhan berkenaan, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga 30 tahun dan sebatan. 

31 Oktober sebutan semula kes 

Bagi tuduhan ketiga, dia didakwa mengikut Seksyen 307 (1) Kanun Keseksaan kerana mencederakan sehingga boleh menyebabkan kematian mangsa pada jam 4.10 hingga 4.30 pagi di lokasi sama. Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda. 

Hakim Shahrizat Ismail menetapkan 31 Oktober ini untuk sebutan semula kes bagi mengkaji fakta sebelum memutuskan hukuman terhadap tertuduh. Pendakwaan kes berkenaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Atiqah Liyana Syahril.

Daeng : Wajar ke bela orang macam nie sampai mampus?! Elok dibuang negara suh duduk alaska tu...biar cerdik..kalau mampus pon takde siapa pon kesah..

Masih ingat kess ini?!





للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Rambo Bentong Penjara 133 Tahun?! Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 8 October 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!