Wednesday, 2 October 2013

Ragut : 3 Dibelasah Orang Ramai

Tiga remaja lelaki menerima pengajaran menyakitkan apabila dibelasah oleh orang ramai selepas meragut beg tangan seorang wanita di Pusat Komersial Travillion, di sini, kelmarin.

Insiden itu berlaku sekitar jam 2 pagi ketika mangsa, 29, bersama dua sepupunya menuju ke sebuah kedai makan.

Mangsa yang berasal dari Matang Jaya ketika ditemui di Pusat Sehenti Polis di Jalan Simpang Tiga berkata, dia pada mulanya menyangka salah seorang daripada mereka (sepupunya) menarik begnya.

Bagaimanapun katanya, apabila menoleh ke belakang dia ternampak seorang lelaki membawa lari beg tangannya sebelum beredar bersama seorang lagi lelaki dengan menaiki motosikal.

Setelah menyedari mereka dikejar oleh orang awam, penunggang motosikal segera turun sebelum mencampak beg tangan mangsa ke kawasan semak-samun, katanya.

Remaja berusia 19 tahun itu cuba melarikan diri namun berjaya ditahan oleh orang ramai sebelum dibelasah dan mengalami kecederaan agak teruk di muka.

Dua lagi suspek yang kedua-duanya berusia 17 tahun, kembali semula ke tempat kejadian dan berpura-pura tidak tahu menahu mengenai insiden itu, turut ditangkap dan dibelasah apabila orang awam mengecam muka mereka kerana sebelum itu ternampak mereka bersama.

Ketiga-tiga suspek itu kemudiannya diserahkan kepada pasukan polis daripada Unit Peronda yang dihubungi ke tempat kejadian.

Hasil pemeriksaan turut menjumpai beg yang mengandungi pelbagai barangan kosmetik dan kecantikan, dipercayai dicuri.

Polis turut menyita motosikal suspek dan sedang mengesan seorang lagi suspek yang berjaya melarikan diri.

Mangsa yang berjaya mendapatkan semula beg tangannya tanpa kehilangan apa-apa barang, seterusnya membuat laporan Pusat Sehenti Polis untuk tindakan selanjutnya. - Utusan Borneo


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Ragut : 3 Dibelasah Orang Ramai Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 2 October 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!