Saturday, 12 October 2013

Pusat Hiburan Hina Hari Raya Haji?!

Kurang Ajar! Pesta 'Mambo Jambo' Di Kelab Malam Zouk Semperna Hari Raya Haji

Agak keterlaluan dan biadap Kelab Malam Zouk menganjurkan pesta tarian bertema "Mambo Jumbo" semperna Hari Raya Haji. Nasib baik ianya diadakan di Zouk Singapura dan bukannya di Malaysia. Malangnya disebabkan suara umat Islam di sana tidak sekuat Malaysia, maka tidaklah kedengaran orang Islam kat sana marah atau buat demonstrasi membantah perkara ini. Mungkin penganjur parti ini tidak merasakan yang hari kebesaran umat Islam yang disambut oleh seluruh umat Islam diseluruh dunia adalah suatu yang perlu dihormati.


Manakala di Malaysia pula, kelab Zouk Kuala Lumpur di Jalan Ampang juga turut menganjurkan event pada malam Hari Raya Haji tapi mengambil jalan selamat dengan menulis "Eve of Public Holiday". Nampaknya penganjur kelab maksiat di Malaysia pun hanya menganggap Hari Raya Aidiladha hanya sebagai sebuah cuti umum biasa seperti cuti-cuti umum yang lain. 

Aku faham ramai orang bukan Islam yang nak berhibur, clubbing, berparti, menari terkinja2, minum arak mabuk2, cuci mata skodeng awek tak cukup kain, walaupun aku percaya pasti ada juga orang Melayu Islam yang bangang datang di kala umat Islam lain sedang bertakbir, tapi at least tak perlu highlight event tu diadakan pada malam Hari Raya Haji ke, malam cuti umum ke apa, tulis tarikh dan masa sahaja sudah. - sumber



Diharap pihak berkuasa lebih membuat penguatkuasaan yang sepatutnya bukan mohon cuti balik raya seminggu sedangkan perkara begini dibiar belaku..si CEUPAC asik mintak nak bonus n naik gaji jek tapi.....??

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Pusat Hiburan Hina Hari Raya Haji?! Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 12 October 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!