Monday, 14 October 2013

Pulau Pinang Banjir Bukti DAP "40 years flood problem solved in 9 months"

Lebih 600 penduduk terjejas teruk akibat banjir kilat yang berlaku berikutan pertembungan hujan lebat sejak awal hari ini dengan fenomena air laut pasang besar.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata keluarga yang terjejas dengan banjir kilat itu ditempatkan sementara di balai raya serta masjid dan akan dibenarkan pulang lewat petang ini apabila air surut sepenuhnya.

Dr Hilmi yang juga anggota Parlimen Balik Pulau berkata kawasan kampung yang terjejas dengan banjir itu juga dilengkapkan dengan sistem saliran yang baik bagaimanapun pertembungan air laut dan air hujan mengakibatkan air melimpah keluar.

"Kalau hanya hujan biasa kawasan ini tidak akan banjir kerana kita telah perbesarkan longkang manakala sistem saliran di sini baik, tetapi hujan kali ini bertembung dengan fenomena air laut pasang besar jadi air melimpah keluar dari longkang.

"Buat masa ini bantuan segera yang diberikan ialah bantuan makanan kepada mangsa dan mereka perlu tunggu sementara waktu sehingga air surut, jangka petang ini air akan surut," katanya yang ditemui pemberita selepas melawat penduduk yang terjejas akibat banjir kilat itu.

Enam buah kampung yang terjejas teruk di kawasan Balik Pulau ialah Kampung Betong, Kampung Pinang Nirai, Kampung Genting, Kampung Terang, Jalan Baharu dan Kampung Permatang Tengah, manakala di kawasan Teluk Kumbar hanya Kampung Masjid yang terjejas.

Setakat ini 40 orang dari kawasan Balik Pulau dipindahkan sementara ke Masjid Pulau Betong manakala 30 orang dari Kampung Masjid dalam kawasan Teluk Kumbar dipindahkan ke dewan masjid, Kampung Masjid Teluk Kumbar.



Seorang peniaga nasi lemak Zainab Hussin, 59, berkata sejak pukul 8.30 pagi air naik setinggi satu meter menyebabkan banyak peralatan rumah rosak selain memusnahkan persiapan untuk menyambut Aidiladha.

"Mak cik keluar pergi berniaga pagi tadi air belum naik lagi tapi bila balik daripada berniaga tengok air sudah melimpah hingga ke jalan raya, apa pun tak dapat diselamatkan," katanya.


Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seri Balik Pulau Norasikin Md Isa berkata bomba menerima penggilan daripada penduduk sekitar 9.18 pagi memaklumkan air sudah memenuhi jalan raya dan rumah mereka.


"Setakat ini keadaan adalah terkawal, bagaimanapun pihak bomba menasihatkan agar mereka (penduduk) duduk sahaja di rumah, kerana air yang deras dan kita tidak tahu bahaya yang sedang menunggu di luar.


"Harap ibu bapa dan penjaga dapat mengawasi anak masing-masing daripada bermain air banjir," katanya yang turut memberitahu operasi itu dibantu oleh pasukan Bomba Sukarela. 




Bulan lepas, DAP Pulau Pinang dengan bangganya mengisytiharkan Perak Road di Pulau Pinang bebas sepenuhnya dari masalah banjir yang melanda kawasan tersebut selama lebih 40 tahun lalu, hasil dari projek tebatan banjir yang dijalankan oleh kerajaan negeri di kawasan itu.

Setiausaha Politik Guan Eng, Ng Wei Aik dengan bangganya pada ketika itu menaikkan banner yang tertulis “40 years flood problem solved in 9 months” (40 tahun masalah banjir selesai dalam masa 9 bulan) untuk menunjukkan betapa berkesannya kerajaan DAP ini dalam menyelesaikan masalah rakyat.

Tapi Guan Eng lupa dengan kuasa tuhan dan minggu sudah, akibat hujan yang begitu lebat, kawasan Perak Road dilanda banjir buruk – seperti biasa.

Penduduk Pulau Pinang berpusu-pusu masuk ke dalam laman Facebook Wei Aik dan memuat turun gambar-gambar banjir di kawasan tersebut, tapi cina yang sombong dan angkuh ini tidak mempedulikan perkara tersebut, sebaliknya cuba mengalih perhatian kepada isu lain.

Inilah masalah dengan DAP dan Pakatan Rakyat. Kurang matang dan tidak mahir mengurus, tapi nak tunjuk pandai. Tidak ada sesiapa dalam dunia yang berani menjanjikan banjir atau bencana alam yang lain tidak akan berlaku langsung, tak kiralah sebesar manapun projek yang dijalankan.


Tun Dr. Mahathir semasa meluluskan pembinaan terowong SMART pun tidak pernah berjanji masalah banjir di Kuala Lumpur akan hilang sepenuhnya kerana sebagai orang Islam, beliau tahu ada kuasa yang lebih tinggi di atas. Apa yang dijanjikan ialah, SMART akan mengurangkan masalah banjir, dan memang itulah pun yang dilakukan system tersebut sekarang, selain mengurangkan kesesakan lalu lintas.

DAP dan Guan Eng pula sebaliknya lain. Pada dia dengan wang, semua benda boleh jalan dan akhirnya tuhan menghukum kebiadapan dan kesombongan Guan Eng dengan menurunkan hujan lebat sehingga projek tebatan banjir di Perak Road gagal dan banjir pun berlaku.

Dalam masa yang sama, penulis menggesa rakyat Pulau Pinang dan penduduk Perak Road agar membuat laporan kepada SPRM, mempersoalkan bagaimana projek ini boleh gagal, tidak sampai sebulan selepas ia disebut dengan bangganya akan menyelesaikan masalah banjir disitu yang berlanjutan sejak 40 tahun lepas!!

Cukup-cukuplah menipu. - sumber




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Pulau Pinang Banjir Bukti DAP "40 years flood problem solved in 9 months" Daeng Selili Rating: 5 Monday, 14 October 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!