Thursday, 31 October 2013

PRK Sungai Limau : PKR dan DAP Cuba Benam PAS

Jikalau apa yang aku tulis ini tak menepati nafsu serakah penyokong PAS aku mohon maaf, aku bukan nak bizi bodi dengan perkara yang melibatkan PAS dan sekutunya.

Semalam aku turun padang bersama 15k penduduk kampung mendengar ceramah perdana yang disampaikan oleh seorang yang tidak asing lagi Saudara Ustaz Kazem Elias.

Dalam bibit-bibit penceramah yang menegur bertapa perlunya persefahaman dari segi akidah dan kekuatan Melayu yang bakal mempertahankan Islam dan Bangsanya di Tanah Airnya Sendiri.

Dari hari pertama berkempen PRK Sungai Limau, Aku lihat PAS hanya menghidangkan penduduk kampung dengan isu isu yang tidak diperjelaskan secara menyeluruh sehinggakan menimbulkan kebencian bukannya perpaduan sesama muslim khususnya majoriti melayu disini (Hanya 2000 lebih kurang pengundi cina sahaja).

PAS selaku pembawakan Ulamak tidak menyemarakan api perpecahan dengan bercerita tentang "APA YANG BURUK" sewajarnya PAS mempamirkan penceramah yang berkisar dengan agenda parti dan masa depan rakyat Sungai Limau.

Pelik aku lihat Mat sabu, Abby Abadi, Mazlan Aliman dan beberapa individu yang tidak wajar dipanggil untuk memotivasi penduduk atau dalam umumnya MEMANDU pengundi agar memilih PAS sebagai juara bertahan di Sungai Limau.

Amat malangnya PAS menyogok orang orang yang boleh aku labelkan MEROYAN untuk membantu PAS menang disini, akan tetapi lebih kepada memburukkan lagi Calon PAS khususnya PAS itu sendiri seolah olah tiada Ustaz dan Ustazah yang berkaliber untuk memotivasikan pengundi mereka.

Islam bukan suruh ajar orang pecah belah, tapi nyata nama nama diatas bukan reti nak menyatukan umat islam tetapi lebih sekadar cari makan dengan memecah belahkan umat islam, inikah wajah PAS yang sebenar atau PAS hanya mengharapkan orang lain untuk memandu pengundi PAS agar terus yakin dengan PAS?!

GAMBAR : Mat Sabu sedang berceramah dihadapan beberapa penduduk kampung d Sungai Limau

Jarang ceramah PAS begini, Sepatutnya PAS mengkaji semula tahalul siyasi bersama PKR ideologi Pluralisma dan DAP Komunis

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
PRK Sungai Limau : PKR dan DAP Cuba Benam PAS Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 31 October 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!