Wednesday, 30 October 2013

PRK Sungai Limau : PAS disabotaj PKR/DAP.

Antara punca undi PAS bakal merosot teruk akibat sabotaj Orang Dalam di PRK sungai limau :

1. Kehadiran Mat Sabu ditolak
- kehadiran berkurangan hingga terpaksa ceramah Mat Sabu diadakan didalam kedai kopi dan menganggu pelanggan yang singgah.

2. Keceluparan Abby Abadi
- PAS sewajarnya menggunakan seorang yang arif didalam agama berbanding menggunakan mulut celupar ustazah megi segera.

3. Ceramah Maslan Aliman topik kelaut
- Maslan Aliman bercerita tentang felda dan FGV yang tidak kena mengena dengan takrif penduduk disini.

4. Calon PAS Berbohong pada Media
- Sinar Harian melaporkan pengakuan Calon PAS adalah saudara kepada Almarhum Ustaz Azizan lalu dinafikan oleh isteri dan anak Ustaz Azizan.

5. Edit gambar Tan Sri Ust. Azizan
- Mahfuz mengakui pereka grafik kempen mereka melakukannya untuk menipu pengundi Sungai Limau.

6. Poster PKR lebih banyak dari PAS.
- Yang bertanding adalah Parti PAS akan tetapi PKR menggunakan kesempatan ini untuk mempromosikan PKR dan merosotkan undi PAS.

7. Anwar lebih popular dari Nik Aziz
- Kehadiran Nik Aziz hambar dan tidak mendapat sambutan di sini. Kerana didalam PAS sendiri telah wujudnya berberapa kem.

8. Ceramah menfitnah jadi-jadi.
- Penceramah kononnya "tunjuk pandai" mengulas perkara-perkara yang melibatkan bajet 2014 sedangkan penjelasan penuh telah dibuat YB PM, Malah penceramah yang tidak mengkaji bajet tersebut telah sedikit sebanyak membantu mempromosikan lagi tindakkan kerajaan yang mahu membantu golongan petani dan pesawah khususnya.

PAS sewajarnya meneliti semua pemuafakatan PAS bersama PR kerana hari ini PAS semakin rugi dan bakal kehilangan lebih banyak kerusi dimasa akan datang dan paling menakutkan penyokong PAS belakunya sabotaj oleh PKR dan agenda DAP yang secara terang terang memusuhi perjuangan PAS yang sebenar!

Jika jentera PKR jujur dalam membantu PAS kononnya anggota PR,tidak perlu dipromosikan PKR disini kerana tindakkan PKR ini tidak dipersetujui oleh penyokong PAS sendiri dan dilihat pondok-pondok PKR hanya dipacakkan disini tanpa memberi manfaat kepada kempen PAS itu sendiri.

Sumber : Ahli-ahli PAS tegar Selengkoh, dan Padang Lumat yang bertekad memberi undi kepada Barisan Nasional akan tetapi masih setia didalam parti PAS, Sungai Limau!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PRK Sungai Limau : PAS disabotaj PKR/DAP. Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 30 October 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!