Friday, 11 October 2013

PRK Sg. Limau : Warga Sungai Plimau Boleh Mula Menyemak SRP!

Pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Kedah boleh membuat semakan urusan pengundian menerusi laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), SMS atau di Pejabat Pilihan Raya Negeri Kedah, bermula esok.


Pegawai Perhubungan Awam SPR Sabri Said dalam satu kenyatan hari ini berkata orang ramai boleh membuat semakan butiran peribadi seperti pusat mengundi, nombor saluran mengundi dan nombor siri mengikut Buku Daftar Pemilih Pilihan Raya bagi tempat mengundi masing-masing.

Beliau berkata pemilih berdaftar boleh membuat semakan menerusi laman web www.spr.gov.my atau menggunakan SMS dengan menaip SPR jarak-semak-jarak nombor kad pengenalan dan hantar kepada 15888 atau melalui telefon di talian 04-7001313.

Bagi pilihan raya kecil itu, SPR menggunakan Daftar Pemilih Induk 2012 bagi bahagian pilihan raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar-Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2013 dan Suku Tahun Kedua 2013 yang dikemas kini sehingga 26 Sept lepas, mengandungi 27,222 pemilih berdaftar dan dua pengundi tidak hadir luar negara.

Kerusi DUN Sungai Limau kosong selepas penyandangnya Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah, dari PAS, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada 26 Sept lepas berikutan jangkitan kuman dan kegagalan organ dalaman yang pelbagai, selepas lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.

SPR menetapkan 23 Okt ini sebagai tarikh penamaan calon manakala pengundian pada 4 Nov jika ada pertandingan.



Pelbagai propaganda yang dilontarkan oleh Pas menjelangnya Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau bukanlah sesuatu yang pelik.

Ketua Pemuda UMNO Jerai Basori Hasan berkata bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila segala alasan yang tidak masuk akal didendangkan menjelang PRK itu kelak.

“Kita dah boleh nampak sekarang ini pun dah macam-macam ditimbulkan. Sebab itulah saya katakan ianya tidak pelik dan tidak mengejutkan. Benda yang selalu kita nampak dan selalu kita tengok.

“Saya percaya semua itu sengaja diwujudkan sebagai alasan dalam usaha mereka untuk mempertahankan kemenangan mereka di Sungai Limau,” katanya kepada UMNO-Online, di sini hari ini.

Beliau seterusnya percaya Pas berada dalam keadaan tertekan dan senario tersebut sememangnya sesuatu yang tidak dapat disembunyikan lagi.

“Umum sudah tahu bagaimana kawasan Sungai Limau hari ini. Dengan adanya peluang yang akan datang sekali lagi tentunya bakal membuka ruang untuk pengundi membuat pilihan kepada mereka,” katanya.

Sebelum itu, Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar telah mempersoalkan keputusan SPR yang menetapkan tarikh 4 November sebagai hari membuang undi di DUN Sungai Limau yang dikaitkan dengan tarikh pembentangan bajet pada 25 Oktober ini sebagai untuk menarik undi lantaran lebih awal daripada hari pengundian.

Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak dalam kawasan Parlimen Jerai diisytihar kosong berikutan kematian penyandang Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah, pada 26 Sept lepas.

Pada pilihan raya umum ke-13 Mei lalu, Azizan mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau yang dimenanginya sejak 1995 untuk PAS, dengan menewaskan sepupu beliau Fazillah Mohd Ali yang mewakili BN dengan majoriti 2,774 undi. - MU

DS : Diharapkan pertandingan ini dilansungkan dengan cara profesional...Insya-Allah

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
PRK Sg. Limau : Warga Sungai Plimau Boleh Mula Menyemak SRP! Daeng Selili Rating: 5 Friday, 11 October 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!