Sunday, 6 October 2013

PRK Sg Limau : Khairy Seru Kepada Pemuda UMNO

Pilihan Raya Kecil Sungai Limau

Kepada yang terlepas BAS atau tak tahu! PRK Sg. Limau akan diadakan pada 04 November ini yang mana apabila penyandangnya Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak meninggal dunia ketika menyandang kerusi ADUN Sungai Limau pada 26 September lepas (Sedekahkan Al-Fatihah Kepada Beliau)

Pemuda UMNO mahu pastikan kemenangan BN pada PRK 4 November ini 


Alor Setar: Pemuda UMNO akan memberi tumpuan kepada 11,000 pengundi muda di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau bagi membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung 4 November depan. 

Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin, berkata untuk itu jentera parti diminta bekerja lebih kuat dengan mengambil pendekatan kreatif bagi memastikan pengundi muda mampu menyumbang kepada kemenangan BN kelak. 

Dapat sokongan baik 

“Di Kedah ini kita memang dapat sokongan baik dari golongan muda, tetapi di Sungai Limau sokongannya tak berapa tinggi walaupun 11,000 itu bukanlah jumlah besar dan tidak juga kecil tetapi kita kena fikir pendekatan sesuai bagi menambat hati mereka. 

“Saya sarankan kepada Pemuda UMNO Jerai dan negeri untuk menganggapnya sebagai cabaran kepemimpinan pemuda baru... mereka kena ambil pendekatan sesuai dengan corak kehidupan tempatan. 

“Ia termasuklah memperbanyakkan program ilmu, keagamaan dan sukan... kena ada program menyeluruh yang boleh meliputi semua golongan belia,” katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian bantuan pentadbiran kepada persatuan belia negeri Kedah dan Perlis di sini, semalam. 

Pada majlis itu, bantuan kali kedua pada tahun ini berjumlah RM30,000 diberikan kepada Majlis Belia Daerah dan RM50,000 kepada Majlis Belia Negeri. 

Beri peruntukan 

Pada masa sama, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, peruntukan akan diberikan kepada negeri ini dalam membaik pulih infrastruktur sukan yang memerlukan penambahbaikan. 

“Saya akan bagi perhatian yang khusus kepada negeri Kedah, sebab negeri ini kemudahannya tak cukup dan kita sendiri dapat laporan mengenai kemudahan sukan dan penyelenggaraan termasuk gelanggang futsal yang perlu dibaik pulih,” katanya. - BH


 KJ kan ADOO....

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
PRK Sg Limau : Khairy Seru Kepada Pemuda UMNO Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 6 October 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!