Tuesday, 22 October 2013

PRK DUN Sungai Limau : Nik Aziz Akan Spin 360 Darjah?!

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan pemimpin parti supaya berhati-hati kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau 4 November depan.

“Saya berharap agar semua lapisan pimpinan parti PAS tidak memandang ringan cabaran Umno-Barisan Nasional (BN) dalam PRK Dun Sungai Limau nanti.

“Gerak kerja harus dimulakan sekarang, jauhi sikap terlampau yakin. Tingkatkan usaha di tahap maksimum, gantungkan harapan kepada Allah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan terbaru Mursyidul Am Pas itu berbeza dengan kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim 3 Oktober lalu yang berkeyakinan Pas akan memenangi semula DUN itu.

“Saya akan pastikan semangat seluruh jentera PKR dan DAP membantu dan menyokong calon PAS untuk menang nanti.


“Insya-ALLAH dengan isu kenaikan harga barang, minyak dan laporan audit yang mendedahkan penyelewengan kementerian, kita yakin PR boleh pertahankan kerusi itu,” katanya dilaporkan Sinar Harian.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) minggu lalu menetapkan tarikh penamaan calon pada 23 Oktober ini dan tempoh berkempen 12 hari sehingga hari mengundi pada 4 November depan.

Jika Pas masih mengekalkan kemenangan di DUN itu tetapi majoriti yang semakin merosot, ia pasti bakal mempengaruhi ‘polisi’ parti itu kerana Pas bakal menghadapi Muktamar Tahunan kali ke-59, 18 hari selepas PRK tersebut. Apatah lagi, jika Pas kalah, ia pasti akan memberi impak yang lebih besar lagi terhadap parti itu.

Ini bermakna Pas menghadapi dua kemungkinan besar yang bakal ditempuhi parti itu, sama ada menang dengan majoriti merosot atau kalah di mana kedua-dua bakal mengubah haluan baru politik Islam itu.

Jika Pas berjaya mengekalkan kemenangan dengan majoriti yang lebih besar daripada sebelumnya, ia akan mengekalkan parti itu kembali status quo dan berkemungkinan mendorong kebangkitan bukan ulama lebih deras dalam parti itu.

PRK itu diadakan berikutan penyandangnya, Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak meninggal dunia pada jam 11.10 pagi di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada 26 September lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, bekas Menteri Besar Kedah itu mengekalkan kerusi yang dimenanginya itu, namun terpaksa mengorbankan kerajaan negeri kepada Barisan Nasional (BN). - AIDC

Daeng Selili : 

Awal-awal lagi Nik Aziz dah korek lubang kubur sendiri, mana tidaknya..Beliau hanya pandai memanipulasikan isu, dari bait bait laporan yang dikeluarkan oleh sumber sumber diatas.

Nik Aziz hanya menggunakan isu untuk menang di PRK Sungai Limau tetapi mahukah PAS membetulkan saff perjuangan mereka contohnya Isu Stopa Ali dan Isu Syiah dalam PAS?!Kata kat orang deme lebih teruk....




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
PRK DUN Sungai Limau : Nik Aziz Akan Spin 360 Darjah?! Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 22 October 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!