Tuesday, 22 October 2013

PRK DUN Sungai Limau : Mukhriz Bukan Mahathir


Jika Tun Mahathir kembali ke arena politik dialah aku akan pilih sebagai.....!


Itulah ayat yang biasa dan popular disebut oleh segelintir individu yang mengharapkan Tun M kembali ke arena politik walaupun Tun M sudah menyatakan secara jelas persaraan beliau meskipun pada hari ini media eletronik dan media cetak dari kerajaan mahupun pro-pembangkang gemar mengulas dan memetik bait bait perkataan dan pendirian Tun M dalam senario politik tanah air.

Malaysia ketandusan pemimpin yang "saling tidak tumpah" macam Tun M sehinggakan ada yang berpendapat Mukhriz Mahathir bakal menjadi "galang ganti" kepada Bapa Kemodenan Malaysia itu.Itu adalah sesuatu yang salah.

Tanggapan yang semboro dan salah itulah yang mengheret Mukhriz Mahathir ke kancah kesukaran beliau untuk terus berbakti kepada rakyat tanpa dibayangi kecemerlangan ayahandanya Tun Mahathir, ini adalah satu cabaran yang cukup besar bagi Mukhriz lebih lebih lagi ada yang memberikan sokongan tidak berbelah bagi kerana dia "Darah Mahathir"

Oleh itu pada Pilihanraya Kecil ini, Mukhriz tidak wajar dihukum atau disama ertikan dengan kelincahan ayahandanya pada zaman kegemilangannya, cuma yang admin harap semua pelayar media maya terutamanya blog dan facebook terus memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi demi kemenangan Barisan Nasional di DUN Sungai Limau, Kedah Darul Aman yang kini dipimpin oleh Mukhriz Mahathir!

Apa jua keputusan PRK Sungai Limau bukan kayu ukur kepada Mukhriz, seharusnya kita perlu tahu tugasan PRK Sungai Limau adalah untuk "merampas" kawasan tersebut dari cengkaman pembangkang yang

Jangan kerana kita terlalu mengharapkan sesuatu yang mustahil jadi kenyataan, berpijak pada bumi yang nyata, Insyallah!!



“Insya-ALLAH dengan isu kenaikan harga barang, minyak dan laporan audit yang mendedahkan penyelewengan kementerian, kita yakin PR boleh pertahankan kerusi itu,”
- Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
PRK DUN Sungai Limau : Mukhriz Bukan Mahathir Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 22 October 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!