Wednesday, 2 October 2013

Populariti Azmin Mengatasi Nurul Izzah

Dengan kurang daripada tiga bulan untuk pilihan raya PKR, nampaknya Timbalan Presiden parti Azmin Ali, telah pun mula berkempen untuk menghadapi pemilihan yang akan datang.

Sebuah kumpulan yang menyokong Azmin menjadi Presiden PKR telah memulakan program yang dikenali ‘Bertemu Pemimpin Akar Umbi’ bermula di Perak minggu lepas.

Perak mempunyai paling banyak cabang dengan jumlah 24 cabang yang mempunyai ahli antara kira 70,000 hingga 80,000 orang.

Turut kelihatan dalam program jelajah Perak itu ialah Dr Xavier Jayakumar, Adun Seri Andalas (dijangka bertanding jawatan Naib Presiden); Amiruddin Shaari, Adun Batu Caves (jawatan Ketua AMK); Suhaimi Shafiei, Adun Sri Muda (ahli MPP); Hee Loy Sian, MP Petaling Jaya Selatan (MPP) dan Khalid Jaafar (MPP) serta beberapa pemimpin pusat dan negeri.

Pemimpin-pemimpin cabang di Perak dari Bagan Datoh, Lumut, Parit, Pasir Salak, Beruas, Batu Gajah, Gopeng, Kampar telah kelihatan dalam program tersebut.

Beberapa program yang sama juga sedang diatur ke beberapa buah negeri lain menjelang pemilihan parti yang dijangka akan diadakan pada bulan April atau Mei tahun hadapan.

Sebelum ini Azmin telah bergerak dengan mengadakan beberapa program wacana ‘Laksana Satu Nyawa’ dalam usaha mendekati golongan muda dalam parti dan sayap AMK di Lembah Klang.

Pemilihan kali bakal menyaksikan Azmin mencabar Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi jawatan Presiden PKR sekiranya Wan Azizah mengambil keputusan untuk tidak melepaskan jawatan yang disandangnya sejak 14 tahun yang lalu.

Ada desas desus mengatakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum sendiri akan menawar diri bagi jawatan Presiden bagi menghalang Azmin mencabar jawatan tersebut.

Sekiranya ini berlaku, ‘game play’ akan berubah dan ramai ‘orang-Azmin’ dijangka memenangi jawatan-jawatan penting parti bagi ‘menghalang Anwar dari membuat keputusan secara bersendirian’ tanpa terlebih dahulu merujuk kepada keputusan majoriti Biro Politik dan MPP parti.

Dalam apa jua situasi, empat jawatan Naib Presiden dan 20 jawatan MPP akan menyaksi pertembungan hebat kumpulan Azmin dengan kumpulan pro Nurul Izzah, Naib Presiden PKR yang juga anak Anwar.

Walaubagaimanapun kumpulan pro Nurul lzzah tidaklah se-agresif turun padang berbanding kumpulan Azmin, lantaran hanya banyak berkempen melalui media sosial dan internet dan program-program Anwar.

Nurul Izzah kelihatan muncul ‘menumpang pentas’ program-program yang dihadiri oleh Anwar.

Daeng: Walaupun aku tak kenal secara keseluruhannya siapa Azmin tapi dia secara jujurnya lebih berkarisma berbanding Kalid Gagap dan Nurul Izah (Mencapapmu* itu), PKR mesti membuktikan tiada istilah Kronisme didalam pimpinan parti itu...



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Populariti Azmin Mengatasi Nurul Izzah Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 2 October 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!