Friday, 18 October 2013

Permilihan Untuk Meremajakan UMNO?!

Calon Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang juga Pengerusi Felda,
menjelaskan bahawa meremajakan parti bukan bermaksud memastikan hanya golongan muda yang harus diberi mandat untuk memimpin tetapi lebih kepada memastikan golongan itu mudah diterima masuk dalam UMNO.

Katanya, walaupun golongan muda dianggap penting kerana mereka pelapis parti, hakikatnya masih ramai veteran yang bukan sahaja setia kepada UMNO malah masih layak mengundi kepimpinan parti itu.

"Bila ramai orang muda, (itu bererti) kita tidak akan ketandusan pelapis... kerana itu, dalam UMNO dari dahulu memang kita tak ketandusan pemimpin. Proses melatih kepimpinan UMNO bermula daripada sayap Pemuda.


Isa berkata, memberi peluang kepada golongan muda untuk memimpin bukanlah sesuatu yang baharu dalam UMNO kerana beliau sendiri menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan pada usia 33 tahun manakala Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Menteri Besar Pahang pada usia 29 tahun.

Mohd. Isa pula berpendapat, beliau patut dipilih kerana mahu membantu memupuk keseimbangan antara golongan muda dan veteran dalam kepimpinan UMNO untuk memastikan parti lebih bersifat progresif dan berdaya saing.

Bagaimanapun, isa bersetuju bahawa dalam persaingan merebut tiga slot Naib Presiden, ia harus dilaksanakan secara sihat dan demokratik. - Utusan

Daeng : Meremajakan UMNO bukanlah bermakna "membuang" semua kepimpinan lama. Aku lihat sendiri kononnya TRANSFORMASI yang kononnya didendangkan oleh YAB YAB dan Penyokong-penyokong tegar UMNO sendiri tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan meremajakan dan transformasi.

DSNajib tak sebut pun transformasi UMNO DS Najib hanya mention Transformasi 1Malaysia. Nak meremajakan UMNO lebih kepada menukar rentak percaturan dan permainan politik bukan menyingkirkan golongan berpengalaman seperti Isa Samad, Ali Rustam dan Zahid contohnya.

Kapal tentera jika nak tukar kapten/nakhodanya mesti paham cara mengemudi kapal dan bijak mengagak laut. kalau muda pun bodoh tak boleh ditegur camana nak menjadi pengemudi?Kuyup la jadinya....



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Permilihan Untuk Meremajakan UMNO?! Daeng Selili Rating: 5 Friday, 18 October 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!