Thursday, 17 October 2013

Penjenayah Insaf Lepas Baca Berita Ops Cantas?!

Sekumpulan 10 lelaki bersenjatakan parang menyamun sebuah premis barangan lusuh dan melarikan pelbagai barangan logam bernilai RM25,000 dan wang tunai RM1,000, di Jalan Sungai Jati, di sini, semalam.

Bagaimanapun, tindakan kumpulan terbabit memulangkan semula lori yang diisi muatan logam berkenaan kepada premis itu beberapa jam selepas melakukan jenayah terbabit menimbulkan rasa pelik pemilik berkenaan.

Menurut pemilik premis berusia 27 tahun itu, kejadian dimaklumkan pekerjanya beberapa jam selepas kejadian itu berlaku dan terus meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Katanya, kejadian berlaku jam 3.30 pagi ketika tiga pekerjanya sedang tidur di dalam premis berkenaan sebelum didatangi sekumpulan penjenayah yang menyerbu masuk lalu memukul serta mengikat mereka. -Metro

Masa on theway nak sorok hasil rompakkan tu dia baca Metro..mungkin lepas dia baca tentang ramai yang kojol dek peluru PDRM tu yang pulangkan semula tu hahahaha..

Gambar Hiasan

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Penjenayah Insaf Lepas Baca Berita Ops Cantas?! Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 17 October 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!