Wednesday, 9 October 2013

Peniaga Chandan Puteri Perintah Berpindah

Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) mengarahkan kesemua 24 peniaga makanan yang berniaga di bahu jalan di Chandan Putri dekat sini, berpindah ke kawasan perniagaan lebih selesa di Tapak Penjaja Taman Selera di sini.

Yang Dipertuanya, Abdul Halim Hamid menegaskan, arahan tersebut berkuat kuasa serta-merta dan MPKK tidak lagi akan bertolak ansur jika peniaga terlibat enggan berbuat demikian.

Beliau berkata, penempatan semula peniaga di kawasan baharu itu bertujuan mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan serta untuk keselesaan peniaga dan pelanggan.

"Pemindahan ini bukan bertujuan untuk memberi tekanan kepada peniaga terlibat. MPKK faham apabila berlaku sesuatu perubahan, memang akan berlaku bantahan namun kami sedia mengadakan perbincangan dengan peniaga terlibat.

"Namun, saya berharap para peniaga memahami matlamat sebenar pemindahan ini," katanya selepas perasmian pembinaan tapak baharu tapak penjaga taman selera berkenaan di sini hari ini.

Perasmian itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Chandan, Mazlin Sham Razman.

MPPK telah menyediakan kawasan khas di tapak berkenaan untuk peniaga meneruskan perniagaan sementara menantikan tapak penjaga berkenaan siap sepenuhnya.

Abdul Halim menambah, peniaga di bahu jalan Chandan Putri perlu berpindah kerana menyebabkan kesesakan lalu lintas yang menimbulkan rungutan dalam kalangan pengguna jalan raya.

"Dengan wujudnya Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) yang mempunyai lebih 1,000 pelajar serta pertambahan taman perumahan di Chandan Puteri menyebabkan kawasan berkenaan bertambah sesak.

"Jika peniaga berpindah ke tapak baharu, mereka boleh menjalankan perniagaan dengan lebih selesa selain kebersihannya terjamin," ujar beliau. - Utusan

Chandan Puteri boleh dikatakan popular
tempat geng DAP  dan PKR mengeldaikan penyokong PAS
Daeng : Ya memang sesak, dikawasan spot tersebut lambakkan pemilik gerai tolak (Haram???) seharusnya pelan tindakkan segera harus diambil termasuk mengambil kira hukuman setimpal kepada individu kepala batu yang kononnya "KAMPUNG AKU SUKA AKU" Bukan aku tak tahu sana tu spot pembangkang. 

Asal kawasan baru buka je menimbun puak-puak depa..Yang pihak berkuasa (MDKK) lak setakat main wayang...Dengan pembangkang telur kecut..dengan pro kerajaan bukan main langsi...

Tak salah nak berniaga tapi ikut peraturan sebab rasa dia Melayu kononnya itu bukan 100% jaminan untuk langgar peraturan!

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Peniaga Chandan Puteri Perintah Berpindah Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 9 October 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!