Thursday, 17 October 2013

Pemimpin PKR Pulau Pinang Mohon Batalkan Projek Terowong Bawah Tanah?!

Dalam dunia ini, tidak ada sesiapa pun yang berani menegur atau pun membantah Lim Guan Eng. Jangankan kata Najib Abdul Razak atau Kerajaan Pusat, orang Pakatan sendiri pun tak berani berhadapan dan menegurnya secara terbuka. Tengok sahajalah apa yang berlaku kepada Melayu-Melayu yang jadi pemimpin dalam PAS dan PKR yang memberanikan diri untuk menegur Lim Guan Eng. Kesudahannya, ada antara mereka yang telah dipecat dari parti, bahkan ada pula yang dikenakan pelbagai tuduhan termasuklah menjadi ANJING UMNO semata-mata kerana membuat teguran.

Seorang pemimpin PKR Pulau Pinang, Jason Ong Khan Lee cuba memberanikan diri untuk menegur Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang. Katanya, Guan Eng sepatutnya mengkaji semula projek terowong bawah tanah yang menganugerahkan berbilion ringgit kepada syarikat-syarikat proksinya, 

sebaliknya peruntukan berkenaan perlu digunakan untuk membina rumah-rumah mampu milik untuk rakyat Pulau Pinang.

Bodoh ke hapa si Jason nih... Mana ada rakyat di Pulau Pinang. Pulau Pinang hanyalah sebuah negeri yang dipenuhi imigran daripada negara-negara yang kaumnya adalah China terutama sekali dari Singapura, Taiwan, Hong Kong dan Macau. Sebab itulah rumah-rumah yang dibina di negeri itu, berorientasikan golongan berkenaan.

Melayu, India dan Cina miskin di Pulau Pinang, tidak ada hak langsung untuk tinggal di negeri itu. Mereka semua boleh pergi hidup dalam laut kalau masih ingin tinggal di Pulau Pinang.

Tak perlulah sebenarnya Jason atau mana-mana pemimpin bercakap tentang rumah mampu milik di Pulau Pinang. Lagipun, bukankah Guan Eng dah buat pengumuman sebelum ini bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diketuainya telah memperuntukkan sebidang tanah di kwasan yang tidak wujud untuk perumahan awam dan mampu milik.

Bila Guan Eng cakap tu, kenalah percaya walaupun akal yang waras tidak dapat memikirkan logik serta tidak ada bukti yang menyokong kenyataannya itu.

Tolonglah jangan jadi bodoh dengan meminta Guan Eng membatalkan projek terowong bawah laut demi rumah-rumah mampu milik!!!



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Pemimpin PKR Pulau Pinang Mohon Batalkan Projek Terowong Bawah Tanah?! Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 17 October 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!