Thursday, 17 October 2013

Peluru Tembus Leher Kanak Kanak 10 Tahun

Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun parah di bahagian leher terkena tembakan pistol milik seorang anggota polis dalam kejadian di Kampung Belanja Kiri, Parit, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, anggota polis berpangkat sarjan itu dipercayai sedang mengosongkan senjata di hadapan rumahnya dan secara tiba-tiba terlepas satu das tembakan lalu terkena mangsa.


Timbalan Ketua Polis Perak Tengah Deputi Superintendan Leong Ah Kow ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Menurutnya, anggota berusia 40-an itu terlepas satu das tembakan sehingga terkena badan mangsa menyebabkannya cedera.

“Ketika kejadian suspek yang hendak mengosongkan senjata di hadapan rumahnya terlepas satu tembakan sehingga terkena mangsa yang kebetulan berada berhampiran jalan kampung 30 meter dari rumah berkenaan. -Metro


Bahaya betul!!! tetapi apakan daya kita hanya merancang Allah swt yang menentukan, diharap kanak-kanak tersebut selamat. Insyallah

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Peluru Tembus Leher Kanak Kanak 10 Tahun Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 17 October 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!