Friday, 11 October 2013

PAS Perak Desak SPRM

“Apa hasil siasatan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Skuad Liga Super Perak?”

Itu persoalan yang ditimbulkan Koordinator, Jawatankuasa Isu dan Strategik Pas Negeri, Salman Saleh berhubung siasatan terhadap wujudnya unsur sabotaj dan rasuah terhadap skuad Kejor Yob Kejor itu.

Beliau berkata, setelah tamat tempoh berkenaan, pihaknya tertanya-tanya bagaimanakah hasil siasatan berkenaan berikutan pihak penyokong bola sepak Perak sudah mula bertanyakan status siasatan itu.

Salman berkata, semua penyokong ingin mengetahui apakah unsur sedemikian (sabotaj dan rasuah) benar-benar wujud dalam skuad Seladang itu.

“Bagi kami, SPRM perlu mendedahkan hasil siasatannya kerana ia menjejaskan nama baik pegawai, jurulatih termasuk kesebelasan pemain kerana melibatkan masa depan mereka.

“Sekiranya benar wujud unsur sabotaj dan rasuah, kami bersetuju sekiranya pihak yang didapati bersalah dihadapkan ke mahkamah dengan segera.

“Bagaimanapun sekiranya, hasil laporan siasatan mendapati tiada unsur rasuah sebagaimana yang dilaporkan, pihak tertinggi Pafa perlu memohon maaf kepada pihak yang disiasat,” katanya kepada dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, Salman berkata, reaksi daripada Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir terhadap isu berkenaan baru-baru ini dilihat memberi kesan negatif dan menggambarkan bahawa unsur rasuah bola sepak benar-benar ‘mewarnai’ saingan Piala Malaysia, musim ini.

Katanya, ia secara tidak langsung mengakibatkan persepsi buruk daripada masyarakat terhadap mereka yang terlibat.

“Sepatutnya kenyataan, ulasan dan pandangan di atas kemelut yang berlaku ialah dengan menyerahkannya kepada pihak berkenaan dan bukannya merestui tindakan yang memberikan imej buruk kepada nama baik negeri.

“Oleh itu, di manakah hasil siasatan yang dibuat? SPRM sewajarnya mendedahkan hasil siasatannya dengan segera kerana ia secara tidak langsung akan membantu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serta Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Apakah memang wujud unsur sabotaj dan rasuah sebagaimana yang didakwa?,” katanya.

Pada 24 September lalu, Timbalan Presiden Pafa, Khairul Azwan Harun mengumumkan penggantungan pegawai dan petugas skuad Liga Super Perak bagi membantu siasatan dakwaan rasuah dan sabotaj dalam pasukan itu.

Selain itu, Jawatankuasa Khas juga ditubuhkan di peringkat dalaman bagi menyiasat elemen berkenaan yang diketuai Datuk Ismail Saffian. - Sinar harian


Daeng : Aku dah hilang percaya dengan si Seleman Saleh dan Sinar Hairan nie..SPRM akan terkencing-kencing siapkan laporan..Siasat betul betul jangan duk tala bila kena bedil pembangkang...Bila membabitkan orang UMNO itu la dia SURUHANJAYA PAKATAN RAKYAT MALAYSIA laju je nak kasi settel bila time pembangkang menyangak makan tahun nak settel.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
PAS Perak Desak SPRM Daeng Selili Rating: 5 Friday, 11 October 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!