Friday, 25 October 2013

Papa Main Bontot : TIDAK Bahayakan Negara!

"TIDAK bahayakan negara!" Itu komen Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar ketika diminta mengulas tindakan Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) menuntut pindaan dalam Perlembagaan dan undang-undang negara berkaitan hak asasi yang dibentang pada sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR) Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) di Geneva, Siwtzerland, hari ini.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, laporan yang dikemukakan Comango pasti dipantau wakil Kerajaan Malaysia.


"Abim (Angkatan Belia Islam Malaysia) juga ada di sana dan Kerajaan Malaysia akan secara aktif menjawab segala pendirian yang diambil oleh wakil NGO tersebut. Tugas kerajaan adalah untuk bertegas mempertahan kedaulatan agama daripada cuba dipersoalkan," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Lobi Parlimen, semalam.

Tuntutan Comango antara lain turut menyentuh kedudukan Islam di negara ini apabila gabungan berkenaan mahu setiap warganegara ini diberi kebebasan untuk menentukan pegangan agama masing-masing termasuk hak untuk murtad (keluar Islam) tanpa sebarang sekatang undang-undang atau campur tangan kerajaan.

Selain itu, mereka juga menuntut kerajaan menerima hak SOGI (Sexual Orientation & Gender Identity) yang bermakna menerima hubungan atau ‘perkahwinan’ golongan seks sejenis lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sekali gus menghapuskan Seksyen 377A Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan jenayah liwat. Comango turut membantah pusat-pusat aktiviti LGBT diserbu pihak berkuasa - SH




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Papa Main Bontot : TIDAK Bahayakan Negara! Daeng Selili Rating: 5 Friday, 25 October 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!