Tuesday, 1 October 2013

Nad Zainal Didakwa Duduk Berduaan Dengan Kekasih?

Pelakon yang sedang mengukir nama, Nad Zainal, enggan mengulas lanjut apabila diajukan dengan soalan berkaitan gosip. Jelas Nad dia tidak mahu memanjangkan sesuatu isu dengan memberikan komen. 


Kenyataan ini diberikan Nad ketika diminta mengulas tentang desas-desus yang mendakwa dia bersekedudukan dengan teman lelaki dan lari dari set penggambaran kerana tidak ingin berlakon di samping bekas teman lelakinya, Amar Asyraf.

“Saya mempunyai prinsip yang mana jika saya kata tak nak, maka saya tak nak. Kalau boleh saya juga tidak mahu memanjangkan isu ini dengan memberikan komen,” ujar Nad yang ditemui usai pementasan 'Maduku Kalut' di Istana Budaya baru-baru ini - gua.com




Bergelar seorang pelakon bukan seindah yang digambarkan kerana setiap gerak geri pasti sahaja diperhatikan oleh setiap mata. Kalau cerita baik mungkin tidak akan menjadi masalah bahkan akan menjadi ikutan namun sekiranya kedengaran berita yang kurang enak pasti sahaja masalah akan menyelubungi artis yang terlibat.

Gosip bukan satu perkara yang asing terhadap artis-artis, tidak terkecuali turut singgah kepada bintang utama siri Kampung Girl, Nad Zainal.

Menurut satu sumber, Nad dikatakan tinggal sebumbung bersama teman lelakinya yang juga artis baru, Azman Kombos. Jelas sumber itu lagi, kelibat Azman selalu sahaja bertandang ke kediaman Nad di Ampang, Selangor.

“Mengucap panjang saya apabila dapat tahu perkara ini, sepanjang saya berkawan dan bercinta dengannya selama ini saya tidak pernah melakukan perkara-perkara terkutuk seperti yang didakwa.

“Saya tidak nafikan yang Azman memang datang ke rumah saya tetapi dia datang ketika kedua ibu bapa saya ada di rumah. Kalau saya berseorangan dia tidak berani untuk bertandang ke rumah.

“Mungkin orang berkata begitu kerana terlihat Azman ke rumah saya pada lewat malam. Kebiasaannya dia menghantar saya pulang. Maklumlah kadang-kadang saya balik rumah agak lewat kerana ada penggambaran,” jelas Nad.

Malah tegasnya, perkara negatif seumpama itu tidak akan dan tidak pernah berlaku kerana dia tinggal dengan keluarga.

“Saya cukup pelik apabila ada manusia yang sanggup mendakwa saya melakukan perkara keji itu. Saya tahu apa benda yang patut dan tidak patut saya lakukan, saya juga perlu jaga nama saya dan kedua ibu bapa saya yang membesarkan saya selama ini,” tegasnya.
Sudah menjalinkan hubungan selama tiga tahun, Nad memberitahu hubungannya bersama Azman adalah serius.

“Saya dan Azman memang serius dalam hubungan ini dan saya harapkan hubungan kami akan menjadi seperti yang saya harapkan.

“Ramai peminat yang bertanya bila kami akan hidup bersama (kahwin). Buat masa ini kami masih tidak ada tarikh dan masa yang tepat untuk ke arah itu namun saya harapkan doa semua agar hubungan ini akan berkekalan selama-lamanya,” jelasnya. - Zubir


Daeng: Bab menambah tokok cerita memang sedap kan?! dah tak dekeje lain nak fitnah orang bukan-bukan, jika benar nampak depa 2 duk kepit tgh malam (hantar kerumah), ce call JAKIM...serbu tengok...Setakat cakap cakap..

Opah aku dulu masa dia hidup dia penah panjat pokok kelapa la weh...cakap cakap

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Nad Zainal Didakwa Duduk Berduaan Dengan Kekasih? Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 1 October 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!