Wednesday, 16 October 2013

Mat Indon Bunuh Bayi Berusia 2 Minggu

Seorang bayi lelaki berusia dua minggu mati disyaki dipukul oleh bapanya di rumah kongsi pekerja ladang kelapa sawit di sini Isnin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, lelaki berusia 34 tahun rakyat Indonesia itu turut mencederakan isterinya berusia 35 tahun dan tiga lagi anaknya berusia dua, empat dan tujuh tahun.

Ketua Polis Daerah Beluran, DSP Sivanathan Velautham berkata, lelaki terbabit ditahan kira-kira pukul 3.30 pagi Selasa di rumah kongsi pekerja itu dan polis merampas sebilah parang daripadanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu bermotifkan cemburu apabila lelaki berkenaan mendakwa isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Selepas pergaduhan, lelaki terbabit bertindak menikam beberapa kali kepala isterinya menggunakan gunting, katanya.

Beliau berkata, lelaki itu kemudian memukul empat anaknya termasuk bayi berkenaan, anak perempuan berusia tujuh tahun dan dua tahun serta anak lelaki berusia empat tahun menggunakan besi paip.

Sivanathan berkata, bayi berkenaan mati di tempat kejadian, isteri dan anak perempuannya yang berusia dua tahun cedera parah dan dirawat di Hospital Duchessof Kent Sandakan. - Sumber

Daeng : PDRM Bacul..kata puak puak indon...Tengok sendiri bertapa haramjadahnya mangkuk indon?!

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Mat Indon Bunuh Bayi Berusia 2 Minggu Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 16 October 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!