Monday, 28 October 2013

Maklumat Ceroboh Kawasan Kampung Sehingga 70 Mbps

Capaian jalur lebar lebih pantas iaitu antara empat hingga 10 megabit persaat (Mbps) akan dapat dinikmati penduduk luar bandar di negara ini menjelang 2016, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata capaian antara 10 hingga 30 Mbps pula akan dapat direalisasikan di kawasan bandar menerusi komitmen berterusan kerajaan selepas pengumuman fasa kedua capaian jalur lebar berkelajuan tinggi (HSSB) yang diumumkan dalam Bajet 2014 semalam.

Beliau berkata inisiatif ke arah usaha itu sudah mula dilaksanakan iaitu melibatkan kerja-kerja asas.

“Peruntukan sudah ada dan kita sudah tentukan tapak mana nak dipasang kabel dan menara. Dalam masa tiga tahun lagi kita akan lihat suasana yang berbeza iaitu capaian Internet akan lebih laju,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Jalur Lebar anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) peringkat daerah Kemaman di Padang Astaka di sini hari ini.

Menurut Ahmad Shabery, ketika ini, penduduk di kawasan luar bandar sudah menikmati capaian Internet antara satu hingga dua Mbps dan antara dua hingga 20 Mbps di kawasan bandar.

“Dari segi liputan jalur lebar sebenarnya negara kita tidak jauh ketinggalan dengan negara maju yang kini sudah meliputi hampir 70 peratus penembusan jalur lebar di negara ini.

“Cuma dari segi kelajuan saya boleh katakan bahawa kelajuan purata di dalam kawasan bandar kita akui memang boleh dibanggakan tapi di luar bandar perlu satu komitmen yang berterusan,” katanya.

Di negara maju seperti Jepun, Korea Selatan dan Amerika Syarikat, kelajuan Internet mereka telah mencapai sehingga 70 Mbps.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan mengumumkan dalam Bajet 2014 bahawa kerajaan akan melaksanakan fasa kedua itu bersama sektor swasta melibatkan pelaburan hampir RM1.8 bilion yang akan memberi manfaat kepada 2.4 juta isi rumah di seluruh negara.




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Maklumat Ceroboh Kawasan Kampung Sehingga 70 Mbps Daeng Selili Rating: 5 Monday, 28 October 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!