Monday, 7 October 2013

Lee Chee Pheng Kemudi GERAKAN Gopeng

Pengerusi GERAKAN Bahagian Gopeng, Dr Lee Chee Pheng hari ini dipilih sebagai pengerusi GERAKAN Perak dalam pemilihan yang berlangsung di sini. 

Kemenangan Lee, 52, pemegang Ijazah Doktor Falfasah dalam Pendidikan dan Sains Sukan diumumkan pengerusi penyelia pemilihan, Datuk Mah Siew Keong. 

Lee meraih 211 undi sekali gus mengalahkan pencabarnya, Datuk Tan Lian Hoe yang juga Ketua Wanita GERAKAN yang mendapat 178 undi. 

Ketika mengulas kemenangannya, Lee berkata, ia adalah pertandingan yang sengit dan berterima kasih kepada barisan pemimpin Gerakan, pasukan kempen di samping perwakilan yang menaruh keyakinan untuk mengundinya. 


"Apa yang saya janjikan semasa kempen akan saya laksanakan. Kita akan membawa semula GERAKAN sebagai sebuah parti yang efisyen dan dihormati. Kita akan segera mengadakan mesyuarat pertama dan mengemaskinikan pentadbiran parti sebelum membentuk biro. 

"Kita akan bekerja segera, tiada masa lagi untuk menunggu pilihan raya umum akan datang," katanya kepada pemberita pada persidangan perwakilan GERAKAN Perak. - BERNAMA 

Baca juga ini :


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Lee Chee Pheng Kemudi GERAKAN Gopeng Daeng Selili Rating: 5 Monday, 7 October 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!