Thursday, 17 October 2013

KOMPAS PEMILIHAN UMNO : Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad Siri 1

Jika Presiden UMNO, Datuk Seri Najib mempunyai kaitan rapat dengan angka 11, Tan Sri Mohd Isa pula mempunyai hubungan yang menarik dengan angka 22. Beliau merupakan ahli UMNO no.22, dan menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun.

Berkelulusan ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya, Mohd Isa memulakan kerjaya politiknya pada tahun 1978 apabila bertanding, dan menang kerusi DUN. Sebelum itu beliau  merupakan seorang guru di Sekolah Datuk Abdul Razak, Seremban.



Sejarah politiknya yang panjang dengan pelbagai kedudukan penting dalam parti daripada peringkat bahagian, negeri dan pusat serta jawatan-jawatannya di dalam kerajaan menyebabkan Mohd Isa kekal popular di kalangan rakyat. Beliau dianggap sebagai pemimpin akar umbi yang mudah didekati dan mudah mesra. Dua watak itulah, selain rekod kejayaannya memacu kemajuan Negeri Sembilan semasa menjadi Menteri Besar dan keupayaan menjayakan agenda-agenda transformasi FELDA, di mana beliau kini merupakan pengerusinya, menjadi teras kekuatan Mohd Isa.



Terkenal sebagai pemimpin yang cukup memahami denyut nadi rakyat dan sangat vokal dalam memperjuangkan agenda Melayu, keberanian Mohd Isa diakui kawan dan lawan. Beliaulah, dalam satu mesyuarat majlis Menteri Besar, yang mula-mula mencadangkan supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat susulan daripada masalah moral Timbalan Presiden UMNO itu. Pernah kalah dalam pertandingan kerusi Ketua Pemuda UMNO pada tahun 1993 dan kerusi Naib Presiden pada tahun 2000, Mohd Isa menang kerusi Naib Presiden dengan undi tertinggi 

dalam pemilihan bagi penggal 2004-2007.


Perkara yang mungkin menjadi kekurangan Mohd Isa ialah tindakan disiplin yang dikenakan ke atasnya oleh Jawatankuasa Disiplin parti pada tahun 2005. Bagaimanapun kekurangan itu tidaklah menjadi kudis jika diambil kira soal ketaatan dan kesetiaannya kepada parti kerana selama tempoh penggantungan tersebut (2005-2008), beliau kekal bersama parti dan tidak pernah melakukan apa-apa yang boleh menjejaskan UMNO, Barisan Nasional dan Kerajaan.

Tindakan disiplin itu juga tidak mengurangkan pengaruh Mohd Isa. Beliau kekal popular di semua peringkat parti. Kepimpinannya di peringkat bahagian tidak tergugat begitu juga dengan pengaruhnya di peringkat pusat. Ini terbukti apabila beliau memenangi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang pada tahun 2009 dengan majoriti yang besar. Di kala itu, prestasi BN merudum dengan kekalahan berturut-turut di beberapa PRK sebelumnya. Bagan Pinang dianggap sebagai ‘Pencetus Fenomena Suara Rakyat’ apabila DS Najib menggunakan suara akar umbi untuk memilih calon PRK.

Pada PRU lalu, Mohd Isa kembali bertanding di Parlimen Jempol yang pernah diwakilinya pada PRU 2004. Beliau sekali lagi menang selesa di kerusi tersebut.

Antara ceramah beliau yang seronok didengar :













للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
KOMPAS PEMILIHAN UMNO : Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad Siri 1 Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 17 October 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!