Monday, 28 October 2013

Khairy Gesa Muda Mudi Rebut

Belia Malaysia digalakkan merebut semua inisiatif yang disediakan oleh kerajaan, terutamanya insentif kewangan, bagi masa depan negara yang lebih hebat, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata kerajaan telah menawarkan banyak pinjaman dan dana melalui SME Bank, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN), program-program latihan MARA dan lain-lain.

Bagaimanapun, peluang itu tidak diambil sepenuhnya disebabkan kurang minat terhadap keusahawanan.

“Pada masa ini, kadar pengangguran dalam kalangan belia di Malaysia ialah kira-kira sembilan hingga 10 peratus. Berbanding kadar purata pengangguran, iaitu di bawah tiga peratus, ini adalah isu serius.

“Ramai daripada mereka (belia) mempunyai kebolehan untuk memulakan perniagaan sendiri, dan kita ada dana … Amat penting minat terhadap keusahawanan dibina dalam kalangan mereka,” katanya kepada pemberita semasa berlangsungnya Hari Pelabur 2013 hari ini.

Khairy ialah seorang daripada penceramah pada acara itu dalam satu dialog bertajuk “Masa Depan Ekonomi Malaysia”.

Beliau berharap peruntukan sebanyak RM50 Juta bagi Tabung Keusahawanan Graduan yang diumumkan dalam Bajet 2014 akan menggalakkan belia dan graduan menceburi bidang keusahawanan selepas tamat pengajian.

Beliau menegaskan bahawa belia yang mempunyai minat dalam keusahawanan haruslah mendapatkan pinjaman yang disediakan oleh kerajaan kerana kadar faedah yang dikenakan amat rendah.

“Saya menggalakkan pelajar-pelajar universiti, yang khuatir tidak dapat kerja selepas graduasi, agar memikirkan kerjaya dan langkah-langkah dalam menceburi bidang keusahawanan.



“Kita telah memperuntukkan banyak wang dari segi pinjaman bagi peniaga muda.

“Saya berharap, kali ini, akan ada satu lagi galakan rasmi bagi generasi muda menceburi perniagaan,” katanya.




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Khairy Gesa Muda Mudi Rebut Daeng Selili Rating: 5 Monday, 28 October 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!