Thursday, 10 October 2013

Kapal Terbang Terhempas



Sebuah pesawat Twin Otter milik syarikat penerbangan tempatan terhempas di Kudat. 

Penerbangan Malaysian mengesahkan sebuah pesawatnya terhempas di Kudat jam 2.54 petang ini.

Pesawat MASwing Twin Otter yang terbang dari Kota Kinabalu menuju Kudat itu terhempas di Kampung Sinsan.

Bernama pula melaporkan, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendy Ramin berkata pesawat yang dinaiki 16 orang itu terhempas di Kampung Sinsan dan menyebabkan dua mangsa cedera parah.



"Panggilan kecemasan diterima pada pukul 2.54 petang dan jentera bomba bersama 11 anggota tiba di tempat kejadian 21 minit kemudian.

"Kesemua 16 mangsa dalam pesawat tersebut berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Kudat untuk pemeriksaan," katanya ketika dihubungi di sini.


Punca kejadian sedang dalam siasatan. - sumber
Kapal Terbang Terhempas Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 10 October 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!