Monday, 14 October 2013

Ipoh Barat : 75 Perwakilan Memboikot Mesyuarat

Badan Perhubungan UMNO Perak menyerahkan kepada pihak Jawatankuasa Pemilihan Pusat untuk mengambil tindakan susulan terhadap tindakan segelintir perwakilan yang memboikot mesyuarat sayap Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat, semalam.

Menurut Setiausahanya, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, aduan diterima berkaitan persaingan merebut jawatan Ketua Pemuda Bahagian Ipoh Barat antara Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi dan Affendy Harun yang telah ditolak pencalonannya.

Katanya, calon itu telah mengemukakan dua borang pencalonan ke ibu pejabat UMNO untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian dan juga Ahli Jawatankuasa Bahagian.

“Mengikut peraturan dan syarat ditetapkan, perwakilan yang ingin bertanding sesuatu jawatan tertinggi di peringkat sayap tidak dibenarkan untuk menawarkan diri bertanding bagi jawatan di peringkat bahagian kerana perwakilan tidak boleh memegang dua jawatan dalam satu masa,” katanya.

Pencalonan Affendy katanya, telah ditolak bagi kedua-dua jawatan tersebut hingga menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan para penyokong.

Beliau berkata, seramai 75 perwakilan dipercayai telah memboikot mesyuarat itu, semalam.

“Kita serahkan kepada jawatankuasa terbabit untuk buat keputusan namun setakat ini, tiada lagi tindakan diambil terhadap perwakilan yang memboikot persidangan.

“Sepatutnya mereka mengambil peluang untuk menyatakan rasa tidak puas hati dalam persidangan perwakilan itu sendiri tanpa mengambil tindakan boikot tetapi sebaliknya itu pula berlaku,” ujar Khusairi lagi.

Beliau turut mengulas mengenai kerusi Naib Ketua Pemuda Batu Gajah yang masih kosong kerana calonnya didapati tidak berkelayakan dan tiada calon lain yang tampil menawarkan diri, katanya.

“Perkara ini juga akan diserahkan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat bagi menentukan status jawatan tersebut,” tegasnya. - Sumber




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Ipoh Barat : 75 Perwakilan Memboikot Mesyuarat Daeng Selili Rating: 5 Monday, 14 October 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!