Wednesday, 23 October 2013

Instagram Jadi Bahan Tatapan Jantan Miang

Dulu kecoh kejap isu minah meroyan si Sharifah yang suka upload video-video masuk airnya didalam KEEK.

Pagi tadi aku melayari beberapa portal dan blog kecoh dengan gambar si minah indon ini beraksi panas di dalam instagram beliau. Yang aku nak cerita ini bukan pasal pasal gambar minah indon dan minah senget si Sharifah tu tetapi tabiat "kegemaran" rakyat Malaysia khususnya suka membaca bahan bacaan berunsur kelucahan atau seksi.


Fenomena ini tidak dapat dibendung bila tuan punya badan juga merelakan tubuh mereka diratah oleh mata orang lain melalui facebook dan lebih popular ianya dalam instagram yang boleh memuatkan beratus gambar tanpa perlu risau boleh disalin (save) kedalam cakrakeras jantan hidung belang toing toing...

keadaan ini juga disuburkan hasil dari segelintir artis kita juga yang kadang-kala lupa mereka diperhatikan dalam senyap senyap. Aku malas nak mention siapa kang tak pasal dia saman aku..Rajin tulis pasal menda gini tak lain tak bukan Beautifulnara aka Abg Nara. abis dia rembat semua picture twitter artis hehehe (hope dia tak tahu aku mention dia nie)

Aku pun biasa buat posting macam (seakan-akan) itu tapi aku setidaknya cuba mengarap penulisan yang baik dari artikel yang dikategorikan "booster" oleh kalangan blogger lama. kerana mentaliti rakyat Malaysia tak kira apa jenis bangsa pun pasti merasakan tarikkan dengan posting sedemikan rupa.

keterbukaan ini memang tidak boleh dikawal, tetapi adalah dengan diri kita sendiri boleh menentukan daya pemikiran kita kearah mana kita fikiran kita, mana boleh kita ajar orang dengan segalanya berubah disekeliling, jangan hipokrik dan bersikap prejudis dengan sesetengah artikel macam tu. tengok gambar seksi sebagai santapan santai itu persepsi yang salah, baca nilai dan cuba lihat sekeliling kita.

Anak gadis kita ada instagram tak?!



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Instagram Jadi Bahan Tatapan Jantan Miang Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 23 October 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!