Thursday, 24 October 2013

Insiden Banjir Kilat Cameron Highland [Himpunan Gambar & Video]


Pelepasan air di Empangan Abu Bakar telah mengakibatkan empat maut, seorang masih hilang dan sebuah kampung sekitar tebing Sungai Bertam, Ringlet, Cameron Highland dilanda banjir lumpur.

Kejadian yang berlaku pada pukul 1.50 pagi tadi itu terjadi akibat pelepasan air di sebuah empangan berikutan tidak mampu menampung kuantiti air berlebihan akibat hujan lebat.



Air yang dilepaskan telah menyebabkan banjir lumpur setinggi 5 meter di kampung tersebut dan mengorbankan empat penduduk manakala seorang lagi dilaporkan masih hilang.

Hampir 90 buah kereta telah musnah dan 80 buah rumah ditenggelami banjir lumpur itu.

Ahli Parlimen Cameron Highland, Datuk Seri G. Palanivel telah membuat lawatan di tempat kejadian pada pukul 3 petang tadi dan memberitahu pihaknya akan memberi bantuan tempat pemindahan sementara kepada kesemua mangsa.




"Apa yang penting sekarang ialah semua mangsa dipindahkan ke tempat selamat buat sementara waktu dan saya akan berbincang dengan pihak kerajaan untuk membaik pulih kampung ini dan melebarkan lagi sungai di sini," jelasnya ketika ditemui.

Menurut seorang penduduk, Sundram Sinavam, kejadian itu merupakan kali pertama yang menimpa kampung tersebut.




Banjir lumpur mula surut dan kerja pembersihan sedang dilakukan.

Operasi mencari seorang lagi mangsa yang hilang sedang giat dijalankan oleh pihak Bomba dan Penyelamat Cameron Highland. - Peraktoday

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Insiden Banjir Kilat Cameron Highland [Himpunan Gambar & Video] Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 24 October 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!