Friday, 18 October 2013

Ia Tidak Ada Masalah Pada FELDA

Peneroka tidak perlu risau dengan pelantikan Dr Mohammed Emir Mavani Abdullah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) menggantikan Tan Sri Sabri Ahmad.

Pengarah Besar Felda Datuk Faizoull Ahmad berkata, pelantikan Mohammed Emir tidak perlu dipolitikkan kerana itu merupakan hal dalaman syarikat dan sama sekali tidak menjejaskan kepentingan peneroka Felda.

“Saya melihat pelantikan beliau sah dan tidak ada masalah.

“Beliau baru sahaja menjawat jawatan ini tetapi selagi syarikat berjalan dengan baik saya tak nampak sebarang masalah,” katanya di Wisma Felda di sini hari ini.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) melantik Mohammed Emir bagi menggantikan Sabri yang bersara pada 15 Julai lalu.

Beliau yang pernah menjadi Pengarah FGVH mewakili Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) sejak tahun 2011 sebelum ini mempunyai kepakaran dalam bidang minyak dan gas.

Mohammed Emir, mempunyai kerakyatan India juga merupakan bekas penasihat Menteri Kewangan Emiriah Arab Bersatu (UAE) serta bekas penasihat strategi dan polisi Setiausaha Agung Abu Dhabi.

Bagaimanapun, wujud kontroversi berkaitan kelayakan akademik jazah kedoktoran (PhD) daripada Universiti Warnborough, UK yang dilaporkan sebagai palsu, namun beliau menafikannya.

“Ijazah itu bukan palsu dan universiti itu wujud. PhD bukan kriteria sebenar sebaliknya saya dinilai berdasarkan prestasi. Isu ini tidak ada kena mengena dengan pelantikan saya,” katanya dipetik The Malaysian Reserve.

Sementara itu, Faizoull berkata peneroka sebaliknya perlu gembira kerana kerana Felda kini menyediakan pelan perniagaan bawah Felda Investment Corporation (FIC) yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Faizoull berkata, pelan itu akan menjadi sumber pendapatan kelima yang mampu meningkatkan taraf ekonomi peneroka selain hasil jualan hasil kebun, dividen Koperasi Permodalan Felda (KPF1 dan 2), dan keuntungan saham FGV.

“Dulu kebun sekarang dah bertambah. Kita dah jana ekonomi untuk peneroka,” katanya.
- sumber



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Ia Tidak Ada Masalah Pada FELDA Daeng Selili Rating: 5 Friday, 18 October 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!