Tuesday, 1 October 2013

Hack Blog Atau Facebook?!

Aku rasa ramai manusia hidup dalam angan-angan dan realiti dibayangi oleh filem Hackers (1995) kehkehkeh... Sorry to siapa yang terasa

Zaman 90an tak ramai yang orang perasan pasal dunia Perkomputeran Moden... Zaman ini adalah zaman revolusi komputer yang membawa kepada teknologi seperti hari ini... Zaman ini mengrevolusikan perkomputeran kepada 2 teknologi utama iaitu Perkomputeran Peribadi dan Teknologi Internet (network)....

Perkomputeran Peribadi bermula apabila Steve Jobs dan Steve Wozniak memulakan Apple Computer pada tahun 1976... Apple memasarkan Apple Lisa dengan GUI pada tahun 1983... Aku malas nak tulis panjang2 kat sini pasal perkembangan teknologi komputer since 1980's... meleret-leret jadiknya nanti...

Tahun 1990an byk revolusi penting dalam dunia perkomputeran terutamanya tahun 90- 98... Period ini menyaksikan penciptaan dan pengembangan WWW bermula dengan penciptaan WWW, Mosaic, HTML blablabla PHP, Apache, Common Gateway Interface, Netscape blablablabla...

Zaman ni jugak adalah zaman dimana pancaroba teknologi berlaku apabila hackers2 sentiasa menguji teknologi2 baru... Masa ni teknologi server dan web masih belum matang.... Seingat aku, pada zaman awal internet di Malaysia, banyak server kerajaan yang menggunakan Netscape Enterprise Server...

Server zaman ni, kadang2 hanya sebuah PC dan router jer... Just support HTML dan takder database.. SQL zaman ni hanya reti digunakan oleh Dewa-dewa jer.... Oracle pulak untuk kegunaan enterprise yang kaya-raya... manakala Sybase banyak digunakan oleh bank...

Hari ni... beratus ribu orang mahir menggunakan pelbagai programming language dan database... Zaman dulu2 kelajuan internet 56K tu kira dewa jer yang pakai... tahun 1995 zaman filem Hackers ni kelajuan modem cuma sekitar 28.8 - 33.6K jer... 

Hari ini, aku sendiri pakai 20mbps X 2 line... Modem Unifi hari ini 50 kali lebih secure dari peralatan firewall zaman 90an... kikikiki 50 kali lebih mudah untuk diconfigurekan dll...

Berbalik pada hackers the crackers al-wood packers yang nak hack Blogspot... 

Setiap teknologi ada kelemahan... yang disebut glitch atau vulnerability dan boleh diexploit (exploit = istilah)... Vulnerability ni terbahagi kepada 6 jenis yang utama (malas aku nak tulis).. Vulnerability ini selalunya disebabkan (kebiasaannya) oleh Complexity, Familiarity, Connectivity, Password Managements, System Design flaws, Jangkitan menerusi internet browsing, Software bugs, Users input flaws, hardware flaes, dan tak belajar dari kesilapan lalu 

So... Google sebagai tuan punya blogspot ni... (aku malas nak tulis pasal teknologi sebab aku malas... boleh buat tesis tajuk ni jer)... Mengamalkan sistem SOP yang cukup ketat dalam menjaga security setiap produk mereka... Sys Admin mereka bekerja siang dan malam di 11 Data Center mereka di seluruh dunia (6 di Amerika, finland, belgium, singapore, hongkong dan taiwan)

Untuk memastikan sistem mereka cukup selamat... mereka membangunkan teknologi sendiri seperti Google Servlet Engine sebagai sistem web server mereka... Malahan mereka turut membangunkan file sistem sendiri iaitu Google File System (GFS - bukan NTFS macam Windows pakai) bagi membolehkan mereka mengendalikan data yg besar dan banyak bagi menyaport commodity cluster computing.... Macam2 dibangunkan sendiri oleh google untuk memastikan sistem mereka cukup selamat dan efisien...

Ngantuk dah aku.... Ni aku belum cerita pasal Patriot Act yg dalamnya terkandung pindaan dari akta2 seperti ECPA (Electronic Communications Privacy Act), FISA (Foreign Intelligence Surveillance Act) dan macam2 lagik akta... tu belum masuk akta2 di Malaysia seperti AMLATFA dll... Hack ler blogspot kalau nak kener dakwa bawah Patriot Act.... Hackers bodoh jer yang mengabaikan bab undang2 ni...

Bagi aku... technically possible.. but practically impossible.. Hanya yang bahlol sahaja nak hack blogspot untuk tujuan propaganda politik... 

Banyak lagik kaedah propaganda lain yang boleh diguna pakai selain kaedah hacking... kreatif la skit...

GAMBAR HIASAN





للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Hack Blog Atau Facebook?! Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 1 October 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!