Thursday, 31 October 2013

GST : Mat Baboon Meroyan!

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah satu langkah yang baik berikutan ianya merupakan satu sistem percukaian yang efisien. 

Namun terdapat beberapa syarat di mana kerajaan perlu memastikan tahap pendapatan rakyat meningkat dan memastikan infrastruktur percukaian baik.

"Ucapan saya 1993 sebagai Menteri Kewangan memang saya menyokong pelaksanaan GST kerana GST merupakan satu sistem percukaian yang efisien, dan pendirian saya sama dan tidak berubah sedikit pun.

"Sekarang pun saya setuju, kerana sistem itu efisien dan terdapat pendapat iaitu GST masih efisien tetapi harus ada prasyarat.

"Pertama pendapatan rakyat harus meningkat dahulu, keduanya yang mesti dipastikan infrastruktur percukaian itu cukup baik, jadi dua perkara itu belum terlaksana dalam negara kita," katanya ketika menyampaikan ucapatama dalam Taklimat Bajet dan Belanjawan 2014 di Parlimen hari ini. 

Dalam masa yang sama, beliau turut menggesa kerajaan untuk menghapuskan dasar monopoli yang memberi kesan langsung kepada rakyat ekoran kenaikan harga barang asas termasuk gula dan beras. 

"Dan ini bermakna beberapa dasar seperti monopoli harus dihentikan juga, kita laksanakan GST kononya efficient transparent tetapi gula beras semua masih dimonopoli dan ini menyebabkan harga barang-barang ini naik tanpa saingan," katanya lagi. 

Terdahulu kerajaan mengumumkan akan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) berkuatkuasa 1 April 2015 bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang dimansuhkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kadar GST yang akan dikenakan adalah sebanyak 6 peratus.

Najib berkata pelaksanaan GST dapat membantu negara menangani banyak kelemahan dalam sistem pencukaian sedia ada.- AP


Di Pilihan Raya Kecil Sungai Limau Mat Sababoon dan rakan-rakannya sedang duk menolak GST tapi tidak pula si ketua baboon?!


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
GST : Mat Baboon Meroyan! Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 31 October 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!