Saturday, 5 October 2013

Gandingan Baru Pemuda Gopeng Dan Transformasi UMNO

Menjelang Pemilihan UMNO, pastinya ia akan menjadi tumpuan dalam merealitikan transformasi yang dijanji. Persoalannya apakah impak keseluruhan dalam memberikan wajah baru kepada parti ini?

Setelah pindaan Perlembagaan parti, pemilihan kali ini memberi peluang kepada lebih 150,000 ahli UMNO untuk menentukan hala tuju parti melalui penentuan ahli Majlis Tertinggi dan juga sayap-sayap parti tersebut; Wanita, Pemuda dan Puteri malah kepimpinan di peringkat bahagian dan akar umbi juga.

Jika sebelum ini hanya sekitar 2,500 perwakilan diberikan mandat memilih pemimpin tertingi parti, namun dengan transformasi pada perlembagaan yang dilakukan pada 2009 ia menampakkan ketelusan yang cuba dibawa Presiden parti sejak mengambil-alih tampuk kepimpinan UMNO.

Tentunya, langkah ini diharap dapat memacu UMNO sebagai sebuah parti yang progresif dan ‘up-to-date’. Dengan perubahan yang dibuat, UMNO akan tampil dengan imej yang lebih demokratik secara tidak langsung serta memberi ruang kepada rakyat untuk membuat perbandingan dengan parti-parti politik lain.

Ambil contoh DAP yang memutuskan untuk mengadakan pemilihan semula bagi mengisi Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) maka akan terlihatlah berbezaannya kepada sebuah janji yang ditepati. Itu pun setelah campurtangan Pendaftar Pertubuhan (ROS) apabila terdapat laporan berkaitan kemelut pemilihannya.

Lihatlah, bagaimana dakwaan daripada anggota DAP sendiri yang mengatakan terdapat penipuan dan penyelewengan yang dilakukan dalam pemilihan terbabit sedang parti inilah yang kononnya memperjuangkan ketelusan. Mereka membuat tuduhan sehinggakan dalam Pilihan Raya Umum yang lalu mereka mempertikaikan keputusan namun kini nyata bahawa mereka terkena ludah sendiri.

Dalam DAP beria-ia menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan UMNO, mereka gagal mempamerkan integriti yang diwarwarkan. Alasan demi alasan diberikan, kononnya kesilapan pada sistem pengkomputeran, setelah pengiraan demi pengiraan dijalankan semula, makin terserlahlah kecelaruan DAP.

Melihat kepada UMNO, sistem demokrasi berterusan apabila parti ini mempertandingan semua jawatan Majlis Tertinggi termasuk jawatan presiden dan timbalan presiden yang berdasarkan prinsip ‘free-for-all’.


Sebaliknya, DAP sendiri tidak mempertandingkan kerusi yang dipegang oleh Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu Setiausaha Agung. Bagaimana sesuatu jawatan yang terbabit dalam membuat keputusan tidak dipertandingkan sedangkan itulah jawatan yang tertinggi dalam parti tersebut?Jika dibandingkan dengan DAP, PKR mahupun Pas, UMNO nyata lebih demokratik kerana semua jawatan yang dipertandingkan adalah berkenaan dalam membuat keputusan atau mempunyai peranan dalam menentukan hala tuju parti.

Seperti rakan sepejuangannya, jawatan Ketua Umum dalam PKR juga bukan dipilih oleh anggota parti sedangkan penyandang jawatan tersebut ternyata lebih menyerlah serta dominan dalam membuat keputusan berkenaan hala tuju dan hal-hal berkaitan parti berbanding Presidennya sendiri.

PKR yang juga kononnya perintis kepada sistem pengundian berasaskan ‘1 ahli 1 undi’ gagal menjadi contoh demokrasi yang dicanangkan mereka sendiri. Dengan sistem ‘database’ yang tidak sempurna, pemilihan tidak berjalan dengan lancar apabila ahli yang keahliannya dipersoalkan boleh mengundi manakala, bagi ahli yang sepatutnya mendaftar, nama mereka tidak tersenarai untuk mengundi.

Melalui pindaan Perlembagaan UMNO, penghapusan sistem kuota dibuat sebagai langkah proaktif untuk melibatkan lebih ramai anggotanya termasuklah di peringkat akar umbi.

Tak kenal maka tak cinta, maka perubahan ini adalah satu lagi pembaharuan ke arah membawa generasi muda kepada kelangsungan perjuangan UMNO selain menolak pandangan para ‘skeptik’ dengan memberi peluang kepada pengimplementasian seperti yang telah termaktub dalam perlembagaan parti.

Sememangnya pemilihan UMNO ini menjadi medan bagi sistem demokrasi untuk membuktikan ‘dirinya’ dan terus hidup dalam memperkukuh parti.

Semoga pemilihan ini berjalan lancar dan keterbukaan dalam pertandingan ini juga akan dapat menghapuskan sentimen kronisme semasa pemilihan dan lebih penting semangat berpuak-puak dalam parti sebagaimana yang dilemparkan dapat dinafikan.

Kredit : Hyder Haaziq Hyder Shahrom
(Penulis adalah pelajar jurusan B.Ed TeSL (Secondary) lepasan University of St. Mark & St. John, England)

Saudara Adli Tahiruddin yang memegang nombor calon 01 menawar diri bagi jawatan Ketua Pemuda Gopeng dan saudara Shamuddin Tajuddin yang juga menjadi calon nombor 01 bagi jawatan Naib Ketua Pemuda. Gandingan mereka berdua ini menampakkan kesungguhan dan serius dengan hadir awal untuk menghantar borang calon dalam pemilihan jawatan tertinggi peringkat Pemuda UMNO Gopeng September lepas. - Kinta Menjerit








للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Gandingan Baru Pemuda Gopeng Dan Transformasi UMNO Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 5 October 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!