Sunday, 27 October 2013

Game Calon PAS Makan Diri?!

Setelah puas menentang Ust Azizan masa beliau ada dulu tidak berjaya , akhirnya  Team Phahtolrazi berjaya juga merampas lubuk dan kubu musuhnya itu. 

Semua orang tahu Team Phahtolrazilah yang telah menjadi penentang kuat Ust Azizan dulu , demi mengukuhkan kedudukannya sebagai team B Pas Kedah. 

Kesian la kat orang Sungai Limau bila terpaksa memilih untuk menyokong calon yang ada pertalian darah dengan musuh ketat Allahyarham Ustaz Azizan sendiri.

Sedangkan masa Allahyarham Azizan hidup, musuh ketatnya si Phahrolrazi yang banyak kutuk, caci maki dan buat macam-macam cara untuk jatuhkan Allahyarham Azizan.

Ada orang yang pertikaikan hubungan diantara Phahrolrazi dan calon Pas si Azam. Sedangkan hubungan mereka disahkan sendiri oleh Phahrolrazi. Datuk kepada si Azam iaitu Abdul Hamid Ibrahim dan datuk kepada Phahrol, Aziz Pendang merupakan dua beradik.

Walaupun ada kenyataan daripada isteri Allahyarham Ustaz Azizan yang menyatakan Azam ada 'bau-bau bacang' dengan Allahyarham Ustaz Azizan, tetapi hubungan diantara Azam dan Phahrol lebih rapat malah Azam dikatakan berada di 'Team Phahrol' semasa Allahyarham Ustaz Azizan menjadi Menteri Besar Kedah.

Kalau nak ikutkan hubungan keluarga dengan Allahyarham Ustaz Azizan, Datuk Suhaimi bekas Ketua Bahagian UMNO Jerai juga sepupu Allahyarham Ustaz Azizan, Datuk Suraya Yaacob, Exco Wanita Kedah, juga dua pupu dengan Allahyarham Ustaz Azizan. Malah dulu Allahyarham Ustaz Azizan pernah menjadi ahli UMNO dan mempunyai saudara mara dalam UMNO yang cukup ramai.

Jadi apa sangat la nak dihairankan jika si Azam ada bau-bau bacang dengan Allahyarham Ustaz.

Cuma apa yang menjadi fokus kita sekarang, si Azam ni 'budak kepada Phahrolrazi' yang dihantar untuk menawan Sungai Limau dari sekutu Allahyarham Ustaz Azizan. Jika 'plan' Phahrol ni berjaya, bermakna, kawasan kubu kuat Allahyarham Ustaz Azizan sudah berjaya ditawan oleh 'Team Phahrol' dengan mengunakan proxy mereka iaitu Azam Samat. - aktivispendangjr

*gambar hiasan : Seorang pertugas PRK tidur dalam kesejukkan..demi kemenangan PRK Sungai Limau!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Game Calon PAS Makan Diri?! Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 27 October 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!