Tuesday, 22 October 2013

Gambar Sekitar Penamaan Calon PRK DUN Sungai Limau

Calon pilihan BN bagi Sungai Limau, Ahmad Sohaimi Lazim berikrar untuk membawa “pembangunan manusiawi” untuk penduduk DUN Sungai Limau sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat baru kawasan itu.

Katanya, beliau antara lainnya akan membantu MP Jerai yang juga menteri di jabatan perdana menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom untuk menubuhkan institut latihan imam di kawasan berkenaan.

"Saya fikir kita kena bagi penekanan kepada pembangunan manusiawi, pada ketika kita juga tidak menafikan pembangunan fizikal," katanya.

Bekas pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) itu berkata beliau turut telah mengenal pasti beberapa kawasan yang berpotensi untuk dimajukan.

"Saya nampak kita juga ada potensi untuk pelancongan pertanian (agro-tourism) kerana kita ada kawasan pesisiran pertanian seperti Kuala Sedaka, Kuala Sungai Limau, Kuala Sala," kata Sohaimi.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sulungnya, sebaik diumumkan petang ini sebagai calon pilihan BN untuk bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut.

Menjawab soalan wartawan, bapa kepada enam orang anak itu kelihatan tidak gentar bertanding di kawasan yang dianggap sebagai kubu kuat PAS.

Beliau yakin bahawa faktor keluarga penyandang kerusi tersebut, Allahyarham Datuk Seri Azizan Razak, tidak akan mempengaruhi pengundi muda di kawasan tersebut.

Azizan, yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis pada 26 September lalu, mempertahankan kerusi tersebut selama lima penggal.

"Di kalangan generasi muda saya tak percaya keluarga akan main peranan yang penting," katanya.

Ahmad Sohaimi dijangka akan berdepan dengan Ketua Pemuda PAS Jerai Azam Samad dalam pilihan raya kecil 4 November.

Nama bekas guru tersebut dijangka akan diumumkan sebagai calon PAS oleh presiden parti tersebut dalam satu majlis di Markas Penerangan Sungai Limau malam ini













للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Gambar Sekitar Penamaan Calon PRK DUN Sungai Limau Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 22 October 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!