Monday, 7 October 2013

Gadis Cantik Jadi Sasaran Individu Biadap


Ada gadis gadis cantik(??) di facebook dan instagram suka mengambil gambar kelakuan berbagai bagai aksi sehinggakan mendatangkan rasa syok untuk dimanipulasikan oleh individu yang cuba menangguk di air keruh atau suka suka demi memenuhi nafsu serakahnya.

Admin ingatkan kepada para ibubapa penjaga khususnya sila perhatikan tindakkan anak anak terutama remaja bawah umur yang hari ini macam macam hal terjadi berkaitnya dengan media siber. Itu belum kira kes lari dari rumah dari kenalan siber dan kes kes terpencil yang berlambak lambak dilaporkan kepada pihak polis.

Kita mengambil langkah berhati-hati juga dalam menyimpan video/gambar peribadi. Pernahkah kalian sedar atau tidak lambakkan video-video personal sering diupload oleh individu yang tidak bertanggungjawab demi menaikkan rating pelawat blog ataupun facebook fanpage.

Niat asalnya begini tanpa disedari individu tersebut telah memalukan orang didalam gambar atau video seperti yang kini cukup dahsyatnya Viral.Darimanakah begitu banyak material ini? jawapnya antara penyumbang besar kepada kebocoran maklumat/material peribadi ini adalah dari sikap tidak ambil berat dan terlalu mempercayai orang lain contohnya..

Apabila laptop atau smart phone kita bermasalah..dengan sewenang2 menyerahkan gadjet itu kepada pihak ketiga (kedai/kawan) untuk diperiksa atau dibaiki. Lihat?Mudah bukan kita menyerahkan maklumat sulit kita??! Dengan dengan 3 langkah (alt+a /clt+c/clt+p) seluruh data kita disalin sambil memakan kuaci sahaja. So beringatlah...Wallahualam....

*Gambar Hiasan
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Gadis Cantik Jadi Sasaran Individu Biadap Daeng Selili Rating: 5 Monday, 7 October 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!